Saturday, November 29, 2008

Hari Terakhir di Thailand

Aku bangun pada jam 4 pagi untuk berkemas-kemas selepas dikejutkan Brian menerusi telefon. Selesai mandi aku pun manghabiskan 2 stok mee maggi yang masih tinggal sebelum turun untuk check-out.

Tepat jam 5 pagi kami pon bertolak menaiki van menuju ke military base airport di U-tapao. Kami singgah minum di tengah perjalanan dan sampai di airport kira-kira jam 8 pagi. Keadaan pada masa itu tidak berapa sesak tetapi sudah ramai yang berada di sana.

Bagi aku keadaan sememangnya huru-hara pada masa itu apabila mereka hanya mempunyai sebuah scanner untuk menampung beribu-ribu orang yang mahu pulang ke tanahair masing-masing.
Cabaran pertama ialah melepasi scanner. Sememangnya ada tolak menolak dan memotong barisan berlaku sehingga berlaku pertengkaran mulut. Masing-masing sudah hilang kesabaran dan sudah tidak memperdulikan perasaan orang lain. Yang mereka tahu, mereka perlu segera pulang ke tanahair mereka. Keadaan bertambah buruk apabila semakin ramai yang sampai di airport. Nasib baik pada masa itu kami sudah melepasi scanner. Aku lihat ada yang melompat pagar cuba mengabaikan scanner dan terdengar jeritan sekumpulan orang dari luar seperti berlaku rusuhan...nasib baik tiada apa-apa yang berlaku, mungkin hanya rasa tidak puas hati dengan keadaan yang tidak terkawal dan ketiadaan pihak berkuasa untuk mengawal situasi.
Cabaran kedua kami pula adalah untuk menuju ke kaunter 3 untuk check-in. Sebaik sahaja melepasi scanner, kami sudah tidak dapat bergerak kerana kumpulan orang ramai menghalang jalan ke sana. Hanya ada 4 buah kaunter dibuka untuk check-in dan setiap seorang mengambil masa selama lebih lima minit. Bayangkan untuk sebuah flight boleh menampung 200-300 orang, berapa lama masa yang di ambil mereka. Ketiadaan barisan dan tiada askar atau pihak berkuasa yang mengawal kumpulan orang ramai memburukkan lagi keadaan. Udara semakin hangat...peluh, keletihan kerana terpaksa berdiri sepanjang masa, rempuhan orang ramai, kelaparan, kesemuanya menguji kesabaran kami pada masa itu. Hanya lebih kurang jam 2 petang kami dapat check-in dan mendapat boarding pass. Bayangkan dari jam 8 pagi baru sekarang aku dapat duduk, perut sudah sememangnya berbunyi tetapi yang penting kami perlu ke ruang menunggu.
Setelah kira-kira sejam menunggu, baru kami terdengar panggilan untuk penerbangan ke Malaysia. Tetapi rupa-rupanya ia panggilan untuk flight satu lagi MH 785. Hanya dua orang termasuk Brian dapat menaiki pesawat tersebut memandangkan mereka punya tiket business class. Difahamkan kelas ekonomi sudah penuh bagi pesawat itu dan 4 dari kami terpaksa menunggu lagi sehingga pesawat MAS yang lain sampai. Mati kutu aku dibuatnya ketika itu. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang tetapi pesawat kami masih belum sampai. Di ruang menunggu itu orang semakin sesak dan sampah merata-rata. Ya-Allah selamatkan lah kami!!

Jam 6 petang baru ada panggilan untuk MAS dan kali ini memang pesawat kami. Kami perlu menaiki bas menuju pesawat. Setiba di pesawat, kami difahamkan pesawat kami perlu menunggu giliran untuk mengisi minyak dan pihak airport terpaksa mengambil minyak dari luar yang mengambil masa lama. Harap-harap mereka (pemberontak) tidak menghalang perjalanan lori-lori yang menghantar minyak itu ke airport. Jam 7.10 malam waktu Thailand, baru lah pesawat kami berlepas ke Malaysia dan setelah sejam perjalanan, barulah kami diberi makan...lapar sungguh masa itu. Bayangkan aku hanya makan dua bungkus maggi sebelum bertolak ke airport, jam 8 malam baru dapat makan.

Kami tiba di KLIA pada jam 10 malam dan selepas mengambil bagasi, aku kemudian terus menuju ke stesyen ERL ke KL Sentral. ERL bertolak dari KLIA pada jam 10.40 malam dan aku tiba di sana 28 minit kemudian. Pada masa itu, mak dan ayah serta ija dan effa telah ada di situ. Aku tiba di rumah lebih kurang jam 12 tengah malam.

Setiba di rumah, aku dihidangkan dengan pelbagai makanan. Semuanya sedap-sedap belaka. Tak lawan masakan yang ada di Malaysia yang sememangnya halal dan bersih. Mak buatkan aku pulut kuning berkuahkan kari telur dan udang, serta sambal ikan cencaru kegemaranku. Kari daging, sambal sotong, sayur pucuk paku goreng, paceri nenas dimasak mak ija. Alhamdulillah, syukur aku sudah sampai di rumah dalam keadaan selamat.

Keratan akhbar Bangkok Post
U-Tapao - Not even the dancing girls provided by a local hotel could cheer thousands of travellers as they tried to flee protest-hit Thailand through this Vietnam-era airbase.
"This is my first time in Thailand and I probably won't come back," said Glen Squires, a 47-year-old tourist from England, casting a glum eye over the crowds.
"What they've done is shot themselves in the foot."
Since Friday, the U-Tapao naval base about 190 kilometres (118 miles) southeast of Bangkok has been the only way in or out of the country for tourists stranded by an anti-government blockade of the capital's main airports.
Travelers who arrived here found crowds of tired and angry passengers, armed guards, piles of garbage, mountains of luggage, and an increasingly tense and surreal atmosphere.
Built in the 1960s by the US air force and equipped with just one X-ray scanner for bags, the airbase can only handle around 40 flights a day, compared to the 700-flight capacity of Bangkok's gleaming Suvarnabhumi international airport.
But thanks to the demonstrations, it's all that Thailand has to offer.
"I think it's stupid," said Danny Mosaffi, 57, from New York City. "They have killed tourism in this country, the authorities should go do something. Nobody is going to come here."
Thai authorities say around 30,000 travellers a day -- both Thai and foreign -- have had flights cancelled since the occupation of Suvarnabhumi on Tuesday in what the protesters are calling their "final battle" against the government.
Some travel agents bussed passengers down to U-Tapao, which is near the tourist resort of Pattaya, but with information proving difficult to come by in Bangkok, others came on their own more in hope than expectation.
Huge traffic jams built up outside the sprawling compound. Thai soldiers with M16 rifles guarded the entrance to the airport to prevent anti-government protesters from gaining access, as travellers lugged their bags under the sun.
Once inside the terminal, it was standing room only. Travelers were unsure where they should check in. Long queues wound around the lone luggage scanner, where soldiers tried to hold back the surging crowd.
"It's complete chaos and pandemonium," said Bonnie Chan, 29, from San Diego, California.
"We've been given incorrect information from the airlines. The US embassy says they can't help us. We're high and dry. The airlines keep giving us the run-around."
With no departures board available, airline employees held up signs that said "Final boarding call, Moscow," while other staff stood inside the security area and pressed signs against a glass window calling for passengers to board a flight to Hong Kong.
At one point, a group of unruly passengers pushed their way through a door to the security screening area after an airport employee announced the final boarding call for a flight to Taipei.
One woman, caught in the surge, began to scream, and the soldiers forced the doors shut.
"We've treated six patients today," said Nan Soontornnon, 24, of Bangkok Hospital in Pattaya, standing with a doctor and nurse in a makeshift clinic.
"Passengers have had headaches, exhaustion, and other problems, like fainting. But this place has protection from the soldiers -- Suvarnabhumi doesn't," she said.
U-Tapao's only other selling point was when female employees from one enterprising Pattaya hotel, taking advantage of the captive audience, put on a traditional Thai dance performance.
The women later donned red and silver dresses with feather boas, singing: "You'll fall in love in Pattaya. There's no better place to be."


























































































Friday, November 28, 2008

Hari Keenam di Thailand (Bangkok)

Aku mendapat berita bahawa kami akan tidur untuk semalam lagi di Bangkok kerana difahamkan bahawa kerajaan Thailand telah membuka sebuah airport tentera zaman perang Vietnam untuk penerbangan komersial memandangkan airport Suvarnabhumi dan sebuah lagi airport masih ditutup pihak pemberontak. Kami akan bertolak seawal jam 5 pagi untuk ke airport kerana perjalanan akan mengambil masa kira-kira 3 jam.

Selesai bersarapan, aku berjalan kaki menuju First Hotel untuk sessi wrap-up oleh pihak Organiser. Sebelah tengahari, kami makan di sebuah hotel di pinggir sungai dan kemudiannya menuju ke Grand Palace. Segala-galanya selesai dalam jam 4.30 petang tetapi kesesakan lalu lintas aku hanya tiba di hotel setelah jam 6 petang.

Sebelah malamnya aku berjalan seorang diri untuk mencari baju untuk dipakai esok hari kerana telah kehabisan baju. Setelah selesai aku kembali ke bilik untuk berkemas-kemas. Kesemua duit baht telah ku habiskan.



































































Thursday, November 27, 2008

Hari Kelima di Thailand (Bangkok)

Setelah selesai check-out dari hotel, kami pon bertolak ke wilayah Ayutthaya. Setelah hampir dua jam perjalanan, kami tiba di "The SUPPORT Arts and Crafts International Centre of Thailand". Di situ kami berkunjung ke tempat pameran barangan untuk di eksport. Produk yang dikeluarkan disitu memang terpilih dan dijamin qualitinya. Di situ aku beli sehelai scarf untuk isteriku. Kemudian kami di bawa ke OTOP (One Tambun One Product) untuk membeli belah sebelum makan tengahari. Semasa makan tengahari aku mendapat panggilan bahawa aku dikehendaki balik ke Malaysia dengan segera kerana keadaaan dilaporkan sedang tegang di Bangkok terutamanya di sekitar airport. Selepas mendapat berita bahawa tiada flight untuk pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat, aku di arahkan untuk check-in di hotel yang sama dengan beberapa staff Bank yang menghadiri kursus di sana. Aku difahamkan mereka ini duduk di hotel Amari Watergate, hanya lebih kurang 200 meter dari First Hotel.

Selapas itu kami bertolak ke Bangkok dan kami tiba di sana lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai di sana aku check-in di hotel Amari Watergate dan kemudian berjumpa Brian, ketua kami di sana. Di situ, aku berikan flight detail dan passport no untuk diuruskan dan kami terpaksa menunggu sehingga esok pagi untuk membuat keputusan. Jikalau airport dibuka, kami akan menaiki kapal terbang dan jika tidak kami terpaksa menaiki bas selama 20 jam untuk ke Malaysia melalui jalan darat.

Sebelah malamnya, walaupun darurat telah diisytihar di kota Bangkok, aku dan coursemate pergi ke Night Market untuk membeli belah. Askar berada di mana-mana pada waktu itu tetapi keadaan tenang seperti biasa.

Setelah shopping apa yang ada, aku pon pulang ke bilik. Aku hanya dapat melelapkan mataku lebih kurang jam 3 pagi.














































Wednesday, November 26, 2008

Hari Keempat di Thailand (Pattaya)

Kami dikehendaki bangun awal pada sebelah paginya kerana kami akan bertolak seawal jam 7.30 pagi untuk melawat pengusaha pau dan juga penternak lembu di sekitar Chonburi. Semasa sarapan pagi, aku pilih meja paling hujung kerana senang untuk berasap. Selesai makan buah-buahan aku kemudian mengambil kopi. Sekembali aku di meja sudah ada tiga orang wanita sedang duduk dimeja ku. Aku menegur mereka dan rupa-rupanya mereka menghadiri kursus bagi cikgu-cikgu dari sekitar Thailand.

Selesai bersarapan, kami kemudiannya bertolak lebih kurang jam 7.40 pagi dari hotel. Kami singgah sebentar di cawangan BAAC di Chonburi sebelum menuju ke premis pengusaha pau berdekatan. Terdapat lebih kurang 7 orang pekerja di sana dan berjumpa dengan pengusaha perempuan berusia dalam 30an. Dia mendapat idea untuk menjual pau traditional Thailand kerana gemar memakannya. Kami kemudiannya ke tempat membuat pau dilakukan. Di sana aku lihat beberapa perempuan sedang menguli tepung. Keadaan lantai kelihatan kotor dan ada seekor anjing sedang berbaring. Pengusaha tersebut kemudiannya mempelawa kami merasa pau yang baru siap. Untuk tidak menyinggung perasaan, aku mengambil satu pau kecil dan bila tiada orang lihat, cepat-cepat aku letak di kocek seluar jeans ku.

Kemudiannya, tiba masa untuk makan tengahari. Kami di bawa ke sebuah restoran dan semua mengambil tempat. Aku terbau hamis seperti bau binatang itu....aku lihat pihak organiser sedang berkata sesuatu dengan pengusaha restoran. Kemudian, aku difahamkan bahawa tiada sebarang makan yang boleh aku makan di situ dan mereka mempelawa aku untuk makan direstoran yang lain.

Walaupun sudah ku tolak untuk makan di tempat lain, pihak organiser berkeras membawa aku ke tempat lain. So, aku pon ikut jer la. Orang lain akan makan di restoran yang pertama tadi. Hanya kami bertiga termasuk driver kemudian pergi ke restoran berdekatan. Kami makan sotong goreng, tomyam ikan, sayur dan telur goreng.

Selesai makan tengahari, kami mengambil mereka yang lain sebelum bergerak menuju ke ladang ternak lembu. Kira-kira perjalanan selama sejam, kami tiba di ladang lembu. Kami difahamkan ladang lembu itu dahulunya merupakan kolam ternakan ikan catfish untuk di eksport ke Singapura dan Malaysia. Seekor ikan dianggarkan beribu ringgit tetapi disebabkan kenaikan harga makanan ikan dan oksigen, pengusaha terbabit menukar perniaagaanya kepada ternakan lembu. Tetapi hasil dari duit jualan ikan, pengusaha itu mampu membina rumah berbentuk tradisional yang 100 peratus dibuat dari kayu jati bernilai lebih kurang 20 juta baht atau RM2 juta.

Selepas itu, kami pon bergerak ke hotel kami di Pattaya. Kami difahamkan bahawa pihak organiser tidak menyediakan makan malam pada hari itu. Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk makan maam di atas kapal, 100-200 meter dari pantai Pattaya. Kami di bawa oleh dua orang dari pihak organiser ke sana. Minimum charge yang dikenakan adalah 500 baht untuk makan di sana. Setelah berjalan kira-kira beberapa minit dari hotel, kami tiba disebuah restoran sebelum menaiki "Car two line" iaitu pick-up yang diubah suai ditambah bumbung yang sememangnya popular di Thailand. Setibanya kami di jeti, kami dibawa menaiki Tuk Tuk untuk ke hujung jeti sebelum menaiki bot laju menuju ke kapal. Kami tiba di Oriental Star Floating Seafood Market Restaurant dan menaiki dek di atas kapal. Aku order ikan siakap stim, nasi putih dan fresh oren. Lebih kurang 522 baht. Di atas kapal kami dipersembahkan dengan nyanyian solo dan juga pondan-pondan sama dari Alcazar.

Kami kemudiannya menuju ke jeti dan diberikan aiskrim percuma. Selesai makan aiskrim, kami berjalan kaki ke hotel dan mengambil masa selama hampir sejam menyusuri "walking street" yang terkenal dengan kelab-kelab hiburan. So tahu-tahu sendiri macamana happeningnye di situ.

Sekembalinya aku di bilik, terus terlena kepenatan.





































































































































Tuesday, November 25, 2008

Hari Ketiga di Thailand (Pattaya)

Hari ini merupakan hari ketiga ku di bumi Thailand. Sebaik sahaja selepasm sarapan, aku daftar keluar (check-out) dari bilik untuk menuju ke Pattaya. Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 pagi dari First Hotel dengan menaiki van dan singgah sebentar di stesyen minyak berdekatan untuk mengisi minyak. Di sini kemudahan untuk menggunakan kredit kad ada disediakan tetapi terminal bukan di pam. Kad kredit perlu diberi kepada juru pam dan mengambil masa selama lebih kurang 2-5 minit untuk menunggu pengesahan. Dalam perjalanan, aku ternampak bayang masjid selepas kira-kira setengah jam dari Thailand dan sebuah lagi selepas sejam perjalanan. Memang susah untuk bersolat disini.

Setelah sejam setengah perjalanan, kami tiba di Chonburi dan singgah di cawangan BAAC di sana. Kami diperkenalkan kepada kakitangan di sana dan juga pengurus cawangan daerah. Terdapat sekumpulan orang separuh usia, lebih kurang 20-30 orang sedang mendengar penjelasan dari kakitangan di sana. Kami difahamkan bahawa mereka ini dalah ketua-ketua kampung yang dilantik menerusi sistem undian yang bertanggungjawab penuh kepada kebajikan orang-orang kampung termasuk kemajuan di dalam ekonomi. Setelah sejam setengah berada di sana baru ceramah kami habis dan sebaik sahaja keluar, bau yang sungguh menyelerakan menusuk hidungku. Ya, ketua-ketua kampung sedang menjamu selera ketika itu dan sempat aku menjeling apa yang dihidangkan. Nasi putih yang masih panas, kuah macam kari telur dan ikan masin. Hmmm....teringat aku masakan di Malaysia hingga terliur.

Selepas itu, kami dibawa melawat ke sebuah rumah yang telah dijadikan kilang kecil untuk menghasilkan baju. Berdasarkan design yang telah dipersetujui, mereka membuat baju mengikut pesanan...dari menggunting kain sehinggalah menjadi baju. Kebanyakan pelanggan mereka adalah kilang-kilang. Walaupun terdapat kilang yang lebih besar untuk tempahan baju, mereka ini menawarkan harga yang lebih rendah.

Kemudian kami dibawa makan oleh pengurus cawangan ke sebuah restoran berdekatan untuk makan tengahari. Lebih kurang kedai cina di bukit beruntung. Pesanan diminta dan makan disediakan lebih kurang 10 minit. Sayur goreng, ayam hailam, udang goreng rangup, telur goreng dan sup. Untuk ambil hati, aku ambil nasi, sayur dan telur. Tetapi aku hanya sentuh nasi dan letak ketepi yang lain.

Kami kemudiannya pergi ke sebuah pasar yang menawarkan pelbagai jenis makanan. Di situ aku beli udang kering untuk dibawa balik seberat 500g dengan harga 270 baht. Dan setelah setengah jam kami pon bertolak ke Pattaya. Dalam perjalanan, aku ternampak dua buah stesyen minyak Petronas di sana dan kami tiba di Pattaya lebih kurang sejam kemudian.

Di Pattaya, kami daftar masuk di Grand Sole Hotel dengan kadar 1000 bath untuk satu malam. Aku diberi bilik 811. Lobby boleh tahan, nampak eksklusif tetapi bilik hancus. Perabut kelihatan pudah dan bilik mandi tidak berapa bersih. Katil kemas. Sebelah petangnya kami di bawa ke Pattaya View Point untuk meninjau keadaan seluruh Pattaya.

Kemudian kami dibawa makan di restoran berputar sebelum menuju ke Alcazar untuk menonton persembahan pondan-pondan di sana. Setibanya di situ, keadaan di situ penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing ingin mengambil gambar bersama-sama pondan di sana. Rupa-rupanya mereka yang ingin bergambar dikehendaki membayar 100 baht. Nasib baik tak ambil gambar. Tiket untuk memonton persembahan mereka lebih kurang 300 baht dan memang menabjubkan kerana ia seperti sebuah panggung wayang dan kerusi penuh walaupun hari itu merupakan hari berkerja.



Masjid di luar Bangkok
Ceramah yang diberi kakitangan BAAC kepada ketua kampung




Ceramah di cawangan BAAC, Wilayah Chonburi






Bergambar di cawangan






Premis pertama kami melawat di sekitar Chonburi. Premis ini dikendalikan seorang perempuan untuk tempahan baju






Pekerja-pekerja sedang tekun menjahit baju yang telah ditempah. Seramai lebih kurang 20 orang pekerja di premis ini







Proses menggunting kain sedang dilakukan














Pemandangan seluruh Pattaya dari Pattaya View Point













Kumpulan kami semasa di Pattaya View Point












Arca di belakang merupakan laksamana yang membuka markas navi di Pattaya











Di dalam restoran berputar di Pattaya Park Tower













Selesai makan malam















Di Alcazar sedang menunggu persembahan bermula
















Kereta Honda City yang baru. Belum berada di Malaysia