Saturday, November 8, 2008

Semalam di Grand Season Hotel, KL

Jadual hujung minggu kali ini diisi penuh. Sebelah pagi Sabtu nya, sebaik sahaja lepas bersarapan, kami menuju ke Perodua servis di Rawang. Sudah tiba masanya untuk servis kereta kancil kami buat kali kedua (dalam km 6500). Jam menunjukkan pukul 9.05 pagi setibanya kami di situ. Nasib baik sudah buat temu janji awal2 lagi....orang ramai! Dalam pukul 12 kereta kami siap diservis dan terus menuju ke rumah untuk berkemas2. Kami singgah di R&R Rawang untuk mengisi perut kami yang sudah berkeroncong. Aku ambil nasi campur lauk sambal petai dan ikan...hmm...tak sedap, so makan sikit. Ternampak orang sebelah makan kebab dan roti john. Apalaga, kami pon order lg laa :-) and kali ini mmg sedap sehingga menjilat jari!

Selepas Zohor dalam jam 2.30 petang, kami pon bertolak menuju ke KL. Kali ini destinasi kami ke Hotal Grand Season di Chow Kit bersebelahan Hospital KL. Kami daftar masuk dalam jam 3.30 petang. Mula2 malas jugak untuk tidur kat hotel tapi memandangkan isteriku ada dinner di hotel itu dan dapat diskaun, serta keesokan harinya aku ada game bowling di Ampang, kami pon decide untuk tidur di hotel.

Dalam lift menuju ke bilik hotel.
















Akhirnya...kami sampai ke puncak (tingkat 20 tu...)






Bilik kami.....






Gambar di dalam bilik...


























Gambar ini anak aku tolong ambilkan...bergegar sikit, tp okla for her first time...










Dah mengantuk!
















Pemandangan dari bilik kami...nampak KLCC tu!













Dekat Chow Kit...














Kedai aku makan malam sama anak aku...tup2 lepas keluar dari kedai tu baru terperasan sebelah kedai keranda!
































































Kolam renang di tingkat 11. Tp kami tak terjun pon kali ni...sbb tak bawak baju mandi.































Sempat gunting rambut tu...dekat2 hotel kami


Thursday, November 6, 2008

Servis motor

Tertera 64,000 pada meter motorku. Hmm..rupa-rupanya dah hampir 3 tahun aku guna motor ini berulang-alik dari rumah ke ofis. Besar sungguh jasa motor ini...Semalam aku cuti untuk servis motor dan menguruskan hal-hal tertunggak...











Aku sempat ambil gambar tapak gudang tesco di bukit beruntung berhampiran rumah.





Saturday, October 11, 2008

Muar - Resort BNM Port Dickson



Gambar-gambar nie diambil just after we arrived at the resort. Sebenarnya kami sekeluarga termasuk mak & ayah, serta kakak sekeluarga sepakat untuk balik ke kampung nenek di Sg. Mati, Muar. Kami janji di R&R Seremban dan bersarapan di sana dan kemudiannya ke bertolak ke Muar. Dari Muar, kami menuju ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk berehat2 dan berkelah....seronok!! Tp yg spoil nyer...aku lak kena demam selsema:) Balik dari PD, kami beraya pulak di rumah sepupu kami, Kak Ita di Putrajaya...








































Wednesday, October 1, 2008

Suatu hari di Hari Raya!




Gambar-gambar semasa menyambut aidifitri di rumah mak & ayah di Tg. Malim...




































Thursday, September 25, 2008

Iftar di Restoran Felda Villa

25 September 2008 (Khamis)

Hari ini aku drive ke office. Seawal jam 7.30pagi sudah terpacak kat office dan buat pertama kali aku dapat parking di kawasan sekolah sebelah office aku tu.

Sebelah petang, hujan lebat. Masalah jugak nanti, mesti traffic jam. So, kami pon ambil keputusan untuk keluar awal. Dalam jam 5.30petang, kereta berduyun-duyun di hadapan office kami di Jalan Kuching, bergerak perlahan. Dalam lebih kurang jam 5.45petang kami bertolak dari office, meredah hujan renyai2 dan traffic. Sebaik sahaja melepasi persimpangan ke Jalan Sultan Ismail, traffic berjalan lancar dan hasilnya, kami tiba di restoran tepat jam 6.03petang. Awal tu...

Memang meriah lauk-pauk kat situ, macam yang diiklankan 99 jenis hidangan. Tp yang menariknya dan yang paling laku, puyoh goreng. Depa goreng kat situ jugak. Setiap kali letak jer, lesap!

Nak solat pon senang jugak di mana ada disediakan gazebo khas yang dibahagi dua bahagian, lelaki dan wanita untuk bersolat.

Pemandangan dari restoran, boleh nampak KLCC tu...











Wednesday, September 24, 2008

Recce: Restoran Felda Villa

Next agenda: Post gambar2 yang lebih menarik selepas majlis berbuka puasa bersama officemate pada 25 September nanti....












Tuesday, September 23, 2008

Hadiah Sempena Hari Lahir Isteriku...



Buat Ija, isteriku yang tercinta....happy birthday!

Sunday, September 21, 2008

Balik Kampung

Kali ni aku dan family decided utk balik ke Taiping, jenguk mak abah wife aku kat kampung. Duit lagi....alasan wife aku ajak sbb nak bersahur dan berbuka puasa kat sana. Kami naik kancil sbb nak jimat duit minyak...kancil pon kancil laa! Dalam jam 2.00 pagi kami bertolak dari rumah hari sabtu dan kami selamat sampai kat sana dalam jam 4.45 pagi. Sempatla kami bersahur...lepas tu straight aku tidor sampai kul 3 petang...kekeke. Dalam jam 5 petang lepas solat Asar, kami sekeluarga dan mak singgah ke bazaar ramadan kat Taiping. So, kami pon bergambar la kat situ, walaupon orang2 kat situ tgk2 jer masa kami bergambar. Mungkin dalam hati diorang, artis mana lak shooting pilem kat bazaar ramadan...utk siaran raya kot nnt? hehehe...










Monday, September 15, 2008

Mencari bubur lambuk

Seperti biasa, hari ini waktu lunch time aku menuju ke motorku. Kali ini aku ada dua benda yg perlu disettlekan...pertama, aku kena pergi ke Maybank Jln Raja Laut untuk collect aku punye credit card both amex and mastercard. Selasai di sana, aku pon menuju ke Kg. Baru untuk mencari bubur lambuk kegemaranku untuk juadah berbuka puasa nanti...For info, aku nie mmg hantu bubur lambuk...hmm...time puasa nie jer la aku dpt makan bubur lambuk nie :) So, gerai yang aku nak pegi ini, betul2 bersebelahan dengan Masjid Jamek Kg. Baru yg memang terkenal dengan bubuk lambuk freenya yg sememangnya sedap. Tp yg ini bukan free tau! kena beli dengan harga RM2 sebungkus...terlanjur aku beli sebungkus bubur lambuk dan 2 bungkus lagi utk Cikgu Mimi yang menjaga anak aku, aku pon beli extra 7 bungkus lagi utk officemate yg berminat. Aku jual dengan harga RM2 jugak. Hasilnya..? licin...!!




Tuesday, September 9, 2008

Selamat Hari Jadi, Kakak!

Selamat hari lahir diucapkan untuk kakak ku....semoga panjang umur, sentiasa bahagia disamping keluarga dan dilimpahi rezeki.

Untuk anak saudaraku, Era, selamat menjawab soalan peperiksaan UPSR. All the best and good luck!