Setelah sejam setengah perjalanan, kami tiba di Chonburi dan singgah di cawangan BAAC di sana. Kami diperkenalkan kepada kakitangan di sana dan juga pengurus cawangan daerah. Terdapat sekumpulan orang separuh usia, lebih kurang 20-30 orang sedang mendengar penjelasan dari kakitangan di sana. Kami difahamkan bahawa mereka ini dalah ketua-ketua kampung yang dilantik menerusi sistem undian yang bertanggungjawab penuh kepada kebajikan orang-orang kampung termasuk kemajuan di dalam ekonomi. Setelah sejam setengah berada di sana baru ceramah kami habis dan sebaik sahaja keluar, bau yang sungguh menyelerakan menusuk hidungku. Ya, ketua-ketua kampung sedang menjamu selera ketika itu dan sempat aku menjeling apa yang dihidangkan. Nasi putih yang masih panas, kuah macam kari telur dan ikan masin. Hmmm....teringat aku masakan di Malaysia hingga terliur.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke sebuah rumah yang telah dijadikan kilang kecil untuk menghasilkan baju. Berdasarkan design yang telah dipersetujui, mereka membuat baju mengikut pesanan...dari menggunting kain sehinggalah menjadi baju. Kebanyakan pelanggan mereka adalah kilang-kilang. Walaupun terdapat kilang yang lebih besar untuk tempahan baju, mereka ini menawarkan harga yang lebih rendah.
Kemudian kami dibawa makan oleh pengurus cawangan ke sebuah restoran berdekatan untuk makan tengahari. Lebih kurang kedai cina di bukit beruntung. Pesanan diminta dan makan disediakan lebih kurang 10 minit. Sayur goreng, ayam hailam, udang goreng rangup, telur goreng dan sup. Untuk ambil hati, aku ambil nasi, sayur dan telur. Tetapi aku hanya sentuh nasi dan letak ketepi yang lain.
Kami kemudiannya pergi ke sebuah pasar yang menawarkan pelbagai jenis makanan. Di situ aku beli udang kering untuk dibawa balik seberat 500g dengan harga 270 baht. Dan setelah setengah jam kami pon bertolak ke Pattaya. Dalam perjalanan, aku ternampak dua buah stesyen minyak Petronas di sana dan kami tiba di Pattaya lebih kurang sejam kemudian.
Di Pattaya, kami daftar masuk di Grand Sole Hotel dengan kadar 1000 bath untuk satu malam. Aku diberi bilik 811. Lobby boleh tahan, nampak eksklusif tetapi bilik hancus. Perabut kelihatan pudah dan bilik mandi tidak berapa bersih. Katil kemas. Sebelah petangnya kami di bawa ke Pattaya View Point untuk meninjau keadaan seluruh Pattaya.
Kemudian kami dibawa makan di restoran berputar sebelum menuju ke Alcazar untuk menonton persembahan pondan-pondan di sana. Setibanya di situ, keadaan di situ penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing ingin mengambil gambar bersama-sama pondan di sana. Rupa-rupanya mereka yang ingin bergambar dikehendaki membayar 100 baht. Nasib baik tak ambil gambar. Tiket untuk memonton persembahan mereka lebih kurang 300 baht dan memang menabjubkan kerana ia seperti sebuah panggung wayang dan kerusi penuh walaupun hari itu merupakan hari berkerja.
Ceramah yang diberi kakitangan BAAC kepada ketua kampung
Ceramah di cawangan BAAC, Wilayah Chonburi
Bergambar di cawangan
Premis pertama kami melawat di sekitar Chonburi. Premis ini dikendalikan seorang perempuan untuk tempahan baju
No comments:
Post a Comment