Nampaknya rancangan awal untuk hadir kenduri rakan sepejabat hari ini terpaksa dibatalkan memandangkan aku perlu ke Kuala Selangor kerana terdapat urusan yang perlu dibuat. Aku gunakan peluang ini untuk cuba melalui lebuhraya dari Templer ke Kuala Selangor (LATAR) yang baru dibuka baru-baru ini. Buat masa ini, lebuhraya ini percuma kepada orang ramai dan pada pengamatanku terdapat 3 plaza tol yang perlu dilalui sepangjang perjalanan ke Kuala Selangor.
Sebaik sahaja tamat urusan, aku mengambil kesempatan membawa keluargaku melawat sekitar Bukit Malawati.
No comments:
Post a Comment