Friday, May 30, 2008

Patah Tumbuh Hilang Berganti







Yup..bak kata pepatah di atas, the moment that we've been waiting for has come on 30 May 2008. Just after 10 days from the day of booking, finally the saleman (James Soo) from Kah Bintang Jln 223 PJ called me. I took halfday leave that evening and went straight to the showroom. Then, we went to JPJ Kampung Jawa for registration. What a relief...after 1 hour of waiting, we managed to register the car with registration number BJY 3108. It's a Hyundai Elantra 2.0L with OTR price RM93,888.

After went back from JPJ, James then prepared for the car before surrender it to me. Aku terima kereta ini dengan milage sebanyak 24km. Buat pertama kali minyak ku isi sebanyak RM87.05 pada harga RM1.92 seliter di stesyen minyak berdekatan pada milage 28km. Selang beberapa hari kemudian, pada 4 Jun 2008 aku mengisi minyak sekali lagi pada milage 633km sebanyak RM85 pada harga RM1.92 seliter, hari yang sama Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak kepada RM2.70 seliter...hmmm..sakit hati jer! Setelah dikira-kira, kereta baru ku ini menggunakan minyak sebanyak RM0.14 setiap km. Not bad bagi kereta berkapasiti 1975cc dan masih lagi layak mendapat subsidi sebanyak RM625 setahun dari Kerajaan...

Selamat tinggal Toyota Avanza 1.3M





Tarikh 30 Mei 2008, akhirnya aku terpaksa melepaskan kereta kesayanganku yang baru sahaja masuk usia setahun. Setelah berfikir panjang dan secara mendalam, aku terpaksa merelakan ia pergi. Kereta kesayanganku ini dijual dengan harga RM48,000. Semuanya masih segar dalam ingatanku tatkala aku, isteri dan anakku bergambar dengannya buat pertama kali di Toyota Showroom, Taiping pada 26 April 2007 yang lalu. Sedih beb...