Friday, December 30, 2016

Hari Orientasi Zarifah Syarafana Di Sekolah Menengah

Yup...dah besar anak dara abah sorang ni. Semoga anak sulung abah ni dapat mengejar cita-cita dan menuntut ilmu hingga ke menara gading nanti ya. Banggakan kami sekeluarga dan harap dapat menjadi pendorong adik untuk mengikut jejak yang sama. Aamin....

Go GK!














Thursday, December 29, 2016

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

Selepas umrah...kami berkesempatan sekali lagi berkunjung ke negeri di bawah bayu, Sabah pada 24 - 29 Disember 2016 yang lalu. Kali ini kami sekeluarga menginap di Nexus Resort Karambunai yang terletak lebih kurang 35km dari Kota Kinabalu.

Istimewa kali ini, kami dapat berkunjung ke Tamu Kota Belud sebelum meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park, Kundasang, Poring Hot Spring (sampai tapi parking penuh, so patah balik), Desa Cattle Dairy Farm (sampai tapi parking jauh, so tak masuk), Pekan Nabalu dan yang paling best Island Hopping di Tunku Abd Rahman Marine Park.

Haa...nak tahu kenapa best? Sebab masa nak balik tu bot kami dilambung ombak yang tengah bergelora. Masa tu hujan lebat beserta ribut yang kuat di tengah-tengah laut. Macam dalam filem...dengan ombak yang tinggi dan angin yang kuat, gelap segelap-gelapnya. Alhamdulillah, kami selamat. Nak dapat pengalaman macam ni memang susah dah...yeay!!
















Saturday, December 17, 2016

Umrah (1 - 12 Disember 2016)


Salam.

Alhamdulillah, kali ini berkesempatan melakukan umrah seisi keluarga bersama mak, kakak sekeluarga, pokde dan mokde, pakcik husin sekeluarga dan poksu sekeluarga. Meriah!!!

First time menjejakkan kaki di bumi suci Allah, Kota Mekah dan Madinah memang menerujakan apatah lagi bersama anak kecil. Terima kasih buat arwah ayah. Meskipun tiada bersama, tetapi duit yang kami dapat hasil harta pusaka peninggalan ayah yang membawa kami sekeluarga mengerjakan umrah buat julung kalinya. Semoga pahala umrah kami dapat juga buat arwah ayah.

Rezeki kami...dapat bertemu dengan pak mertua saya di sana semasa di Mekah sebelum berangkat pulang ke KL. Kami juga dapat berjumpa dengan Pakcik Suru dan Makcih Norsiah yang juga kebetulan berada di sana mengerjakan umrah. Syukur..Alhamdulillah.

Kami juga dapat menyambut hari lahir ke-6 puteri kami, Zulaikha Damia semasa di Mekah (9 Disember 2016). Walaupun sederhana, namun kami tetap gembira meraikan hari kelahiran puteri kami yang bongsu. Semoga puteri kami menjadi anak yang solehah, hormat akan kedua orang tuanya, sentiasa diberkati Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan, dilimpahi rezeki, cemerlang dalam pelajaran dan sukan, serta bahagia selalu.

Doakan kami supaya dapat lagi mengerjakan umrah seumpama ini di masa hadapan. Aaminn.