Saturday, January 31, 2009

Bercuti di Langkawi

Setelah kira-kira dua bulan kami membuat perancangan, tibalah hari yang kami tunggu-tunggu. Malam itu aku tidak dapat tidur, mungkin kerana seronok sangat nak pergi bercuti di Langkawi bersama keluarga. Lebih kurang setengah jam sebelum jam 5 pagi, baru aku terlena. Kumudian aku bangun mengejutkan anak dan isteri untuk bersiap-siap. Tepat jam 6 pagi, kami bertolak. Aku singgah di ATM berdekatan untuk mengeluarkan duit dan juga reload Touch & Go. Dalam lebih kurang sepuluh minit kemudian baru aku tiba di plaza tol Bukit Beruntung. Terlewat 10 minit. Tepat jam 6.40 pagi, kami tiba di Tg. Malim. Di situ, kakak sekeluarga tengah mengatur beg-beg masuk ke dalam bonet kereta. Aku masuk sebentar untuk menunaikan solat subuh. Dalam jam 6.50 pagi kami bertolak menuju ke Perhentian Sebelah Behrang menaiki 2 buah kereta. Mak dan ayah tumpang kereta kami dan kakak sekeluarga pula menaiki kereta mereka sendiri. Tiba di Perhentian Sebelah Behrang, kami tunggu Makcik Ol sekeluarga dalam 10 minit. Berikut lebih kurang perjalanan kami ke Langkawi:-





Monday, January 26, 2009

Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-fest'09)

Festival yang dikelolakan oleh YaPEIM ini bertempat di Mid Valley Exhibition Centre (MVCE) daripada Jan 22 - 26, 2009. Hatiku tertarik untuk mendekati dengan lebih dekat pameran ini setelah aku menonton Berita Utama TV3 semalam, mengenai pengusaha Aroma Therapy Plus. Produk ini sesuai digunakan seisi keluarga termasuk bayi berusia 2 bulan bagi mengubati selsema, asma, kahak akibat merokok, sakit kepala, migrain, pening, muntah dan loya, mengantuk, lesu dan keletihan, stress, tension, resah dan murung, lenguh sendi, gigitan serangga, sakit gigi dan bengkak gusi, resdung, jerawat, jeragat, seri wajah serta untuk kesegaran dan masalah badan berbau. Banyak khasiat dia...

So, dalam tengahari kami sampai di Mid Valley. Lengang...tidak banyak kereta di tempat meletak kereta. Kedai pun ada banyak yang tutup. Best tu pergi Mid Valley time macam ni...tak ramai orang! Kami pun menuju ke tingkat 3 tempat pameran diadakan. Ada banyak gerai-gerai yang dibuka di sana. Tak terlarat pulak nak tengok satu-persatu. Yang sempat kami cuba, otak-otak, kuih bakar, bahulu dan sardin. Semuanya sedap...nyum-nyum! Tapi ada juga yang tak sempat cuba seperti pizza pah (kempunan wife aku) dan burger ikan. Untuk produk Aroma Therapy Plus, mereka kehabisan stok la pulak...hmmm....tp rasanya memang berbaloi datang ke pameran ini. Dapat juga tahu produk-produk keluaran orang Islam.


























































































































Sunday, January 18, 2009

Tahniah Pakcik!

Semalam, bangun sahaja dari tidur, mataku tiba-tiba terasa berair dan kemudian disusuli bersin lebih dari 10 kali. Aku demam.

Tetapi tetapku gagahkan kaki untuk ke pasar. Di sana, aku beli 4 ekor ketam merah dan sekilo lala untuk makan tengahari nanti. Dalam jam 12, emak dan ayah sampai. Macam-macam mak bawa bekalan dari rumah...setalam kuih seri muka kesukaan Nisha, karipap kegemaranku, apam kegemaran Effa serta buah oren dan epal hijau. Untuk tengahari, kami jamu mak dan ayah sup ketam, lala tak tau masak apa (resepi ija) dan sambal belacan. Lepas makan, aku ambil ubat selesema dan juga demam. Dalam jam 1.30 petang, selesai solat Zohor, aku tertidur. Entah berapa lama baru aku terjaga dan terus mandi serta bersiap-siap untuk ke rumah kakak.

Dalam perjalanan ke rumah kakak, sempat kamni pergi recce dewan untuk majlis perkahwinan anak pakcik aku di Pandan Indah. Sampai di rumah kakak, macam-macam kakak jamu kami. Ada mihun goreng, lasagna, kek choc indulgance dan buah-buahan. Oh ya, aiskrim pon ada...nyum-nyum!

Selesai solat Maghrib, kami kemudian bertolak ke Dewan Perbandaran MPAJ di Pandan Indah untuk majlis resepsi menantu baru pakcik kami di sana. Kami antara saudara yng sampai awal malam itu dalam jam 8.30 malam. Terjumpa dengan mak ngah sekeluarga yang sudah lama kami tak jumpa. Masing-masing tak kenal sesama sendiri. Memang lain dari dulu...semua sudah dimakan usia. Di situ kami jumpa nenek dan ahli keluarga yang lain. Dalam jam 10 malam, selepas bersalam-salaman, kami angkat kaki untuk pulang ke rumah. Tersesat la pulak....macam-macam bila badan tak sihat.

Kami singgah di shell Jalan Duta kerana Ija dah sakit perut. Kemudian teruskan perjalanan sampai di R&R Rawang dan berhenti disitu untuk minum-minum. Dalam jam 11.30 baru sampai Bukit Beruntung.

Aku masih tak sihat hingga ke malam ini. Dah la esok nak kerja...




Thursday, January 15, 2009

KAWASAKI PRESS RELEASE

KAWASAKI PRESS RELEASE
Published: 9 Jan 2009

Tokyo, January 9, 2009 -- Kawasaki Heavy Industries, Ltd. announced today that it has decided to suspend its factory MotoGP racing activities from 2009 season. Amid quickly changing business environment, Kawasaki has been promptly taking countermeasures to cope with the situation. As the world economy is not likely to recover in a short period due to the major impact of the financial crisis, Kawasaki decided to suspend its MotoGP racing activities from 2009 season onward and reallocate management resources more efficiently. Kawasaki will continue racing activities using mass-produced motorcycles as well as supporting general race-oriented customers. Kawasaki would like to thank all the fans and all those who have forwarded us great help. Mr.Yoshio Kawamura, the Managing Director of Kawasaki Motors Racing B.V. deeply appreciates the contribution and the dedication brought by staff members of the MotoGP team.

Source: http://www.kawasaki-motogp.com/

p/s: A little bit frustrated kerana aku penyokong kuat Kawasaki dalam MotoGP

Wednesday, January 7, 2009

Kawasaki to pull out of the MotoGP


Kawasaki are set to pull out of the MotoGP World Championship before the start of the 2009 season, according to reports.

Stories in Italian and Spanish media claim that the Japanese manufacturer has been forced into the withdrawal because of the global economic problems.
The sources also claim that a public announcement will be made on January 5 2009, although team staff have reportedly already been informed.


However, Kawasaki rider Marco Melandri, who only recently joined the team in a bid to kickstart his career following a disappointing season at Ducati, says he has not heard anything.
Melandri said: "I have to wait and speak to someone. At the moment I don't know anything.
"I can only hope that I wake up on January 1 and discover it's all a bad dream."


A Kawasaki withdrawal would leave Melandri and new team-mate John Hopkins without a team for the upcoming season, and MotoGP would be reduced to just four factory teams.

Kawasaki and MotoGP organisers are yet to comment on the stories.


(source: uk.eurosport.yahoo.com)

Saturday, January 3, 2009

Jadual hari ini

Hujan turun dengan lebat bila aku bangun tidur hari ini. Rasa malas nak bangun pun ada. Aku terus ke bilik mandi. Memang aku tak selesa kalau lepas bangun tidur tak mandi. Selesai mandi, aku turun ke bawah. Bau harum datang dari arah dapur. Wah....Ija tengah menggoreng mihun rupanya! Kegemaran puteri kami tu....nyum-nyum! Hujan masih lagi turun, malah bertambah lebat. Tapi hari ini beberapa perkara yang perlu dibuat.

1. Kemas-kemas pakaian dan masukkan ke dalam beg.
2. Pergi ke house warming rumah Fendi (Enche' B, menurut Che' Merr) di Bandar Hussein Onn, Cheras. Untuk ini, kami perlu fikir apa barang yang sesuai untuk diberi hadiah nanti.
3. Pergi ke Tg. Malim dan bermalam di sana. Aku perlu bawa deraf itinerary dan laptop bersama untuk sessi pembentangan bagi aktiviti percutian kami sekeluarga di Langkawi pada penghujung bulan ini.