Saturday, January 31, 2009

Bercuti di Langkawi

Setelah kira-kira dua bulan kami membuat perancangan, tibalah hari yang kami tunggu-tunggu. Malam itu aku tidak dapat tidur, mungkin kerana seronok sangat nak pergi bercuti di Langkawi bersama keluarga. Lebih kurang setengah jam sebelum jam 5 pagi, baru aku terlena. Kumudian aku bangun mengejutkan anak dan isteri untuk bersiap-siap. Tepat jam 6 pagi, kami bertolak. Aku singgah di ATM berdekatan untuk mengeluarkan duit dan juga reload Touch & Go. Dalam lebih kurang sepuluh minit kemudian baru aku tiba di plaza tol Bukit Beruntung. Terlewat 10 minit. Tepat jam 6.40 pagi, kami tiba di Tg. Malim. Di situ, kakak sekeluarga tengah mengatur beg-beg masuk ke dalam bonet kereta. Aku masuk sebentar untuk menunaikan solat subuh. Dalam jam 6.50 pagi kami bertolak menuju ke Perhentian Sebelah Behrang menaiki 2 buah kereta. Mak dan ayah tumpang kereta kami dan kakak sekeluarga pula menaiki kereta mereka sendiri. Tiba di Perhentian Sebelah Behrang, kami tunggu Makcik Ol sekeluarga dalam 10 minit. Berikut lebih kurang perjalanan kami ke Langkawi:-





No comments:

Post a Comment