Saturday, January 3, 2009

Jadual hari ini

Hujan turun dengan lebat bila aku bangun tidur hari ini. Rasa malas nak bangun pun ada. Aku terus ke bilik mandi. Memang aku tak selesa kalau lepas bangun tidur tak mandi. Selesai mandi, aku turun ke bawah. Bau harum datang dari arah dapur. Wah....Ija tengah menggoreng mihun rupanya! Kegemaran puteri kami tu....nyum-nyum! Hujan masih lagi turun, malah bertambah lebat. Tapi hari ini beberapa perkara yang perlu dibuat.

1. Kemas-kemas pakaian dan masukkan ke dalam beg.
2. Pergi ke house warming rumah Fendi (Enche' B, menurut Che' Merr) di Bandar Hussein Onn, Cheras. Untuk ini, kami perlu fikir apa barang yang sesuai untuk diberi hadiah nanti.
3. Pergi ke Tg. Malim dan bermalam di sana. Aku perlu bawa deraf itinerary dan laptop bersama untuk sessi pembentangan bagi aktiviti percutian kami sekeluarga di Langkawi pada penghujung bulan ini.

No comments:

Post a Comment