Wednesday, December 31, 2008

Hari Terakhir 2008

Hari ini aku masih lagi bercuti. Aku dan ija bertolak ke Kuala Lumpur dalam jam 12 tengahari dan tiba di Tupai-Tupai 50 minit kemudian. Keadaan di situ penuh sesak dengan orang ramai. Walaupun aku berbaris panjang untuk mengambil nasi, tetapi hanya mengambil beberapa minit untuk tiba giliranku. Di situ aku terserempak dengan Malis dan Kak Aida yang kebetulan makan di situ.

Selesai makan tengahari, kami pon bertolak menuju ke Honda Showroom di Petaling Jaya. Saja ingin melihat dengan lebih dekat Honda City yang baru. Ada dua model untuk City baru iaitu model S dan E dengan on the road price RM84,980 dan RM89,980 masing-masing. Ruang dalaman menarik dan selesa di lengkapi dengan gear 5 transmisi automatik. Bagi model E, ia turut dilengkapi dengan paddle shift bagi mereka yang inginkan keseronokan menukar gear seperti kereta F1, cermin sisi dengan lampu signal dan foldable, sport rim khas, foglight dan kekemasan dalaman yang lebih menarik dari model s. Kalau anda bercadang membeli model ini, memang berbaloi kalau ambil model E.

Selepas itu, aku hantar ija ke ofis yang terletak berdekatan showroom terbabit dan terus menuju ke ofisku. Di ofis, aku kira-kira berapa yang aku perlu bayar untuk zakat tahun ini dan kemudian terus ke pusat zakat di Masjid Negara. Dengan doa dari Pegawai Zakat di situ yang mendoakan keberkatan hidupku sebaik sahaja selepas akad, maka selesailah urusanku di sana. Untuk pembaca blogku, tunaikanlah zakat kerana hidup kita akan lebih berkat di sisi Allah. Bukan seruan kosong, tetapi semuanya telahku alami sendiri di mana sepanjang tahun aku tidak pernah mengalami sebarang masalah kewangan malahan ada sahaja yang mendatang tanpa diduga. Jangan lupa pula simpan resit yang dikeluarkan Pusat Zakat untuk tujuan income-tax nanti...

Tuesday, December 30, 2008

Tempat lahirku

Selepas selesai urusan di LHDN hari ini, aku dan ija berkunjung ke tempat lahirku di Flat PKNS Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Ya...32 tahun yang lepas, di sinilah aku dilahirkan dan dibesarkan selama tiga tahun sebelum kami sekeluarga berpindah ke Taman Ehsan, Kepong.

Rumah kami yang dulu berada di sebelah bawah (rumah berwarna biru)...sempat aku dan ija menjamu selera di gerai bersebelahan blok E.



Lawatan ke Zoo Negara

Sempana cuti Maal Hijrah pada 29 Disember 2008, kami menuju ke Zoo Negara membawa puteri kami, Zarifah. Bayaran masuk RM15 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM6 dan warga emas (60 tahun ke atas) juga RM6.













































Monday, December 29, 2008

Bercuti di Kuantan

Sabtu baru ini aku ke Tg. Malim. Lepas sarapan,kami berbincang mengenai destinasi yang perlu kami tu pada hari itu. Ada 4 destinasi dalam pilihan kami. Pangkor, Melaka, Johor Bahru atau Kuantan. Pangkor, kebanyakan resort sudah penuh dan mahal. Melaka pula sudah biasa bagi kami. Johor Bahru, pakcik kami di Johor sudah di Sg. Buloh semasa kami hubungi mereka. So, Kuantan, memandangkan mak dan ayah tidak pernah melalui lebuhraya yang baru. Dalam jam 10.30 pagi kami bertolak menghala ke Batang Kali. Sesampai di sana, kami singgah di sana untuk mengisi minyak di stesyen Petronas sebanyak RM50. Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami melalui Goh Tong Jaya dan kemudian ke Karak. Di penghujung Karak, kami membayar tol sebanyak Rm3 sebelum memasuki lebuhraya yang baru. Di tengah perjalanan kami singgah makan di R&R di Maran. Aku memilih mee kari, mak dengan mee sup, ayah mihun sup manakala ija memilih nasi ayam. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Hujan lebat.

Sampai di Kuantan, kami singgah di beberapa buah hotel. Hotel Seri Malaysia, MS Garden, Vistana semua penuh. Sehinggalah kami tiba di Shahzan Inn. Alhamdulillah...dapat juga hotel akhirnya dengan harga RM160 semalam. Kami ambil dua bilik untuk aku dan mak ayah. Pemandangan dari bilik hotel sungguh menarik kerana dapat melihat sekitar Kuantan kerana bilik kami terletak di tingkat 9. Bilik kami bersebelahan iaitu di 912 dan 913.Selepas itu kami menuju ke Tg. Lumpur untuk meninjau-ninjau restoran ikan bakar di sana. Memandangkan belum senja. Kami hanya makan sotong dan udang goreng serta keropok lekor. Selepas itu kami ke arah Telok Cempedak, tetapi berpatah balik kerana ramai orang di sana.Selepas solat Maghrib, hujan sekali lagi turun dengan lebat. Semua program terpaksa ditunda. Jam 9 malam, aku dan ija meredah hujan lebat menuju ke kedai mamak. Kami bungkus roti canai untuk mak ayah dan mihun goreng untuk effa.Walaupun hujan turun dengan lebat, semuanya wonderful so far. We enjoy semasa di sana.

Esok paginya pula kami bersarapan di situ. Ada mee goreng (sedap...), bubur, scamble egg dan roti serta buah-buahan. Selepas bersarapan kami menuju ke Telok Chempedak dan kemudian pulang ke hotel sebelum check-out.Kami singgah di Batang Kali minum petang dan kemudian sampai di Tg. Malim.





































































































































































































Thursday, December 25, 2008

Cuti Hari Krismas

Hari ini pada mulanya tiada perancangan dibuat. Terperap rasanya. Tak tahan, lalu kami pon bersiap-siap untuk keluar. Memandangkan sudah tengahari, aku memandu menuju ke Kuala Lumpur, terus ke gerai ikan bakar belakang istana. Aku ambil ikan terubuk bakar (bahagian ekor), isteriku ambil ikan keli bakar, nasi tiga pinggan dan air sirap dua. Sedapnya, sehingga menjilat jari! Semuanya Rm20, tapi memang berbaloi.

Selepas itu kami singgah di pintu hadapan istana. Dah lama sebenarnya teringin bergambar dengan anggota berkuda di sana, baru hari ini berkesempatan. Apalagi, kami bergambar sakan la kat situ, macam pelancong pon ade...kekeke!

Dari istana, aku terus memandu ke Setapak, menuju ke rumah kami yang masih dalam pembinaan. Nampaknya macam dah hampir siap. Mungkin dalam bukan Feb atau Mac tahun depan boleh siap sepenuhnya.

Kepenatan, kami pulang selepas itu.






























Wednesday, December 17, 2008

Lunch di Rebung, Bangsar

Hari nie boss kami belanja makan di restoran Rebung di Bangsar. Owner Chef Ismail dan Syeikh Muzaffar, tp tak jumpe depa time tu. Sekepala kena RM35 buffet...mcm2 masakan kampung yang ada dan hamoir kesemuanya best! ade jugak la yang tak best...tp overall kira sedap2 makanan kat sana....alhamdulillah! Parking macam susah sikit...





























Kenduri Kawin di Taiping

Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, kami pulang ke kampung iIa di Taiping untuk menghadiri majlis kenduri kawin Fiza, sepupu wife aku di Bagan Serai, Perak. Kenduri kawin diadakan pada hari ahad..masa kami sampai, kebetulan pengantin pon baru tiba, lebih kurang jam 12.15 tengahari. Kira-kira pengantin cepat sampai, mungkin untuk elak hari hujan...hehehe...pikir ape tu...Kami balik semula ke Bukit Beruntung pada sebelah petangnya...dan sepanjang perjalanan hujan lebat...hmmm...