Monday, December 29, 2008

Bercuti di Kuantan

Sabtu baru ini aku ke Tg. Malim. Lepas sarapan,kami berbincang mengenai destinasi yang perlu kami tu pada hari itu. Ada 4 destinasi dalam pilihan kami. Pangkor, Melaka, Johor Bahru atau Kuantan. Pangkor, kebanyakan resort sudah penuh dan mahal. Melaka pula sudah biasa bagi kami. Johor Bahru, pakcik kami di Johor sudah di Sg. Buloh semasa kami hubungi mereka. So, Kuantan, memandangkan mak dan ayah tidak pernah melalui lebuhraya yang baru. Dalam jam 10.30 pagi kami bertolak menghala ke Batang Kali. Sesampai di sana, kami singgah di sana untuk mengisi minyak di stesyen Petronas sebanyak RM50. Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami melalui Goh Tong Jaya dan kemudian ke Karak. Di penghujung Karak, kami membayar tol sebanyak Rm3 sebelum memasuki lebuhraya yang baru. Di tengah perjalanan kami singgah makan di R&R di Maran. Aku memilih mee kari, mak dengan mee sup, ayah mihun sup manakala ija memilih nasi ayam. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Hujan lebat.

Sampai di Kuantan, kami singgah di beberapa buah hotel. Hotel Seri Malaysia, MS Garden, Vistana semua penuh. Sehinggalah kami tiba di Shahzan Inn. Alhamdulillah...dapat juga hotel akhirnya dengan harga RM160 semalam. Kami ambil dua bilik untuk aku dan mak ayah. Pemandangan dari bilik hotel sungguh menarik kerana dapat melihat sekitar Kuantan kerana bilik kami terletak di tingkat 9. Bilik kami bersebelahan iaitu di 912 dan 913.Selepas itu kami menuju ke Tg. Lumpur untuk meninjau-ninjau restoran ikan bakar di sana. Memandangkan belum senja. Kami hanya makan sotong dan udang goreng serta keropok lekor. Selepas itu kami ke arah Telok Cempedak, tetapi berpatah balik kerana ramai orang di sana.Selepas solat Maghrib, hujan sekali lagi turun dengan lebat. Semua program terpaksa ditunda. Jam 9 malam, aku dan ija meredah hujan lebat menuju ke kedai mamak. Kami bungkus roti canai untuk mak ayah dan mihun goreng untuk effa.Walaupun hujan turun dengan lebat, semuanya wonderful so far. We enjoy semasa di sana.

Esok paginya pula kami bersarapan di situ. Ada mee goreng (sedap...), bubur, scamble egg dan roti serta buah-buahan. Selepas bersarapan kami menuju ke Telok Chempedak dan kemudian pulang ke hotel sebelum check-out.Kami singgah di Batang Kali minum petang dan kemudian sampai di Tg. Malim.





































































































































































































No comments:

Post a Comment