Monday, September 4, 2017

Percutian di Langkawi

"Eh...tak balik kampung beraya ker bro", itu rata-rata komen yang aku dapat bila kawan-kawan aku tahu aku pergi bercuti di Langkawi semasa Hari Raya Haji lepas.

Hahaha...kali ini aku sekeluarga ke sana dengan mak dan mak mertua der. So, terus bawak depa beraya di Langkawi. Cuti dapat, raya pon dapat. Haa...bijak tak? Kuikuikui

Hmm..memandangkan dah banyak kali ke Langkawi, kali ni kami ingin makan di tempat baru. Destinasi yang dituju...Hafiz Rojak di Pantai Kok.



















 

Friday, July 28, 2017

Bintang BNM 2017

Alhamdulillah...akhirnya setelah mencuba selama 3 tahun berturut-turut, kami telah dapat tempat ke-3 tahun ni dalam kategori band. Selama 3 tahun ini juga group kami kekal dengan mode "Konsert" dalam persembahan dan mengekalkan ahli yang sama.

APANAMA kali ini membariskan Azrol sebagai guitarist utama, Shahrul sebagai rhythm, Hazemi sebagai basist, Fairuz sebagai drummer dan aku sebagai vokalist...hahaha walaupun sore ku hancus 😅.

Untuk rekod, tahun lepas kami menggunakan nama "TENGAH PIKIR NAMA" dengan lagu Seragam Hitam, manakala pada tahun 2015 "BELUM ADA NAMA" dengan lagu Potret Monalisa. Tahun ini kami membawa sedikit kelainan dengan mempertaruhkan lagu inggeris berjudul You Give Love A Bad Name.

 

 

Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertama Persekolahan Zulaikha Damia

Pejam celik, hari ini anak kami yang bongsu ni dah mula bersekolah. Sekolah sama dengan sekolah lama si kakaknya, Effa.

Semoga tidak jemu menuntut ilmu hingga ke peringkat yang tertinggi ya anak abah.