Friday, March 27, 2009

Umrah 2009

Ya Allah yang Maha Besar!

Kurniakanlah kesihatan tubuh badan dan kekuatan iman untuk kedua ibubapaku mengerjakan ibadah Umrah nanti

Permudahkanlah amalan mereka serta hindarkanlah mereka dari sebarang kesusahan semasa di sana

Berkatilah ibadah Umrah kedua ibubapaku, sesungguhnya mereka mengerjakannya dengan hati yang ikhlas

Selamatkanlah perjalanan kedua ibubapaku, pergi dan balik

Amin....

Hari ini aku mengambil cuti tahunan untuk menghantar kedua ibubapaku ke KLIA sebelum mereka berangkat ke Mekah dalam jam 3 petang tadi.

Sebak rasa hati ini apabila menatap gambar-gambar yang baru ku ambil tadi...aku sudahpun mula rindukan mereka...mak ayah!























































Sunday, March 22, 2009

Yuna - Dan Sebenarnya

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila, air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila, kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan, berpura pura ku bahagia
ku enggan, melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu telah menular dalam diri
pabila, kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
di saat kau merenung matanya
ku rebah, jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindu aku..oohh
dan sebenarnya...2x
aku rindu
dan sebenarnya...2x

Saturday, March 21, 2009

Yuna - Deeper Conversation (my favourite)

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And I'm learning you
Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone take a portion of your heart?
And I'm learning you...
And if you dont mind can you tell me all your hopes and fears
And everything that you believe in would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
I let my guard down for you
And in time you will too
If you dont mind can you tell me all your hopes and fears
And everything that you believe in would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
If you dont mind can you tell me all your hopes and fears
And everything that you believe in would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
Deeper conversation...with me 4x

Monday, March 16, 2009

Pulang ke Taiping (14-15 Mac 2009)

Hari Sabtu lepas merupakan hari pertama cuti persekolahan bermula. Dan seperti kebiasaannya, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri...tidak kiralah samada kenduri kawin, arwah, doa selamat, malah berkhatan pun ada :) Bagi kami pula, Taiping menjadi destinasi kami kali ini memandangkan saudara terdekat isteriku mengadakan kenduri kawin keesokan harinya.

Tepat jam 11 pagi, kami tiba di Simpang, Taiping. Terkejut juga aku kerana tiba-tiba pekan kecil itu dipenuhi orang ramai....mungkin kali ini ramai yang pulang ke kampung kot, sangkaku. Tapi rupa-rupanya sangkaanku meleset...rupanya Barisan Nasional tengah berkempen dan menamakan calon buat pilihanraya kecil yang akan diadakan pada awal April nanti. Tempat mereka berkumpul betul-betul dekat dengan rumah isteriku...

Buat saudara isteriku dan saudara seagamaku yang baru mendirikan rumah tangga..SELAMAT PENGANTIN BARU!!!










































Monday, March 9, 2009

Zoom Malaysia: Fraser's Hill, Pahang

SELAMAT HARI JADI NISA!!

Ya. Kali ini kami memilih Fraser's Hill sebagai destinasi bagi sambutan harijadi Nisa dan juga Maulidul Rasul. Jadi, pada hari Sabtu baru-baru ini, kami sekeluarga berkumpul di Bukit Beruntung sebelum bertolak ke Fraser's Hill lebih kurang jam 12.40 tengahari. Sebaik tiba di gap (15 km sebelum tiba di pekan Fraser's Hill), kami dapati kereta sudah berbaris panjang. Tidak seperti sebelum ini di mana terdapat dua laluan untuk naik ke atas, kami terpaksa melalui gap memandangkan laluan satu lagi ada tanah runtuh. Kami menunggu selama sejam sebelum menyambung perjalanan kami melalui gap tepat jam 3 petang. 20 minit kemudian, kami tiba di Pine Resort. Kami bermalam di sana selama dua malam sebelum pulang pada hari ini pada jam 11.30 pagi.

Lepak-lepak di bahu jalan menunggu giliran untuk naik ke atas.












2 budak tengah happy...







WoW! Ada tiga biji kek untuk Nisa...satay, tapai, kuih hijau pon ada.








Dah nak mula...masing-masing tengah ketaq sebab belum lagi makan tengahari walaupun sudah jam 4 petang.








Lepas doa dan nyanyi lagu birthday, birthday girl potong kek...nyuM, nyuM!!










Aik! ade budak kecik tu nak potong kek sama-sama...











Pagi ahad di pekan Fraser's Hill...


























Bangunan yang dibina pada tahun 1919 dijadikan balai polis















































Sempat melawat banglo. Tapi rasanya best lagi kat Pines....
Betul, betul, betul!!!



























Pemandangan waktu pagi dari beranda unit kami (C18)...

Malam terakhir....bergambar di tempat registration the Pines