Monday, March 16, 2009

Pulang ke Taiping (14-15 Mac 2009)

Hari Sabtu lepas merupakan hari pertama cuti persekolahan bermula. Dan seperti kebiasaannya, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri...tidak kiralah samada kenduri kawin, arwah, doa selamat, malah berkhatan pun ada :) Bagi kami pula, Taiping menjadi destinasi kami kali ini memandangkan saudara terdekat isteriku mengadakan kenduri kawin keesokan harinya.

Tepat jam 11 pagi, kami tiba di Simpang, Taiping. Terkejut juga aku kerana tiba-tiba pekan kecil itu dipenuhi orang ramai....mungkin kali ini ramai yang pulang ke kampung kot, sangkaku. Tapi rupa-rupanya sangkaanku meleset...rupanya Barisan Nasional tengah berkempen dan menamakan calon buat pilihanraya kecil yang akan diadakan pada awal April nanti. Tempat mereka berkumpul betul-betul dekat dengan rumah isteriku...

Buat saudara isteriku dan saudara seagamaku yang baru mendirikan rumah tangga..SELAMAT PENGANTIN BARU!!!










































No comments:

Post a Comment