Wednesday, May 20, 2009

Projek Kedua

Semalam aku memulakan projek ini setelah projek terdahulu iaitu tak nak merokok dikira berjaya memandangkan hari ini telah masuk hari yang ke-38 aku tidak menyentuh dan menghisap rokok.

Projek kali ini dimulakan setelah aku berjumpa dengan Puan Nurul, seorang dietician di SJMC pada hari Isnin lepas di mana aku disarankan untuk mengawal pengambilan makananku. Ini merupakan kali kedua aku berjumpa beliau setelah aku gagal dalam percubaan pertamaku pada tahun 2007.

Letih lesu. Itu yang boleh aku gambarkan buat masa sekarang. Rasa tidak bermaya kerana terpaksa mengikat perut. Semalam aku tidur awal bagi mengelakkan aku mengambil lagi makanan selepas waktu makan malam. Berkeriuk-keriuk perutku menahan lapar. Rasa nak muntah pun ada, tapi terasa angin jer yang keluar. Nasib baik...dan akhirnya aku tertidur setelah meletakkan bantal diperutku.

Hari ini betul-betul aku terasa lapar. Sardin yang dimasak isteriku kelihatan begitu menyelerakan. Hai...sardin pun nampak sodaaapp! Nasib baik aku sudah beli jagung kukus di pasar malam tadi. Lepas makan, semuanya hilang....dugaan!

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu!

Khas buat mak tersayang....Selamat Hari Ibu!

Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kpd Ibuku sebagaimana dia telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.


Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari drp Said bin Abi Burdah:
...bahawa seorang lelaki Yaman telah bertawaf sambil mendukung ibunya dgn amat cermat. Setelah selesai tawafnya, beliau bertanya kpd Ibnu Umar, "Apakah dgn khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?" Ibnu Umar menjawab, "Tidak! Apa yg telah kamu lakukan tidak akan dpt menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafasnya ketika kesakitan melahirkan kamu."

Wednesday, May 6, 2009

TAK NAK!

Hari ini sudah masuk hari ke-24 aku berhenti merokok. Sesuatu yang tidak ku jangka berjaya mengharunginya setelah hampir 16 tahun aku menyedut kepulan asap rokok dari pelbagai jenama.

Bermula dengan hanya suka-suka atau sebagai social smoker, lama-kelamaan sudah menjadi satu rutin yang sukar ditinggalkan terutamanya semenjak mula mempunyai punca pendapatanku sendiri. Untuk pengetahuan, sebelum ini aku mungkin menyedut hampir 15 batang rokok dalam sehari:

1 semasa aku melepas awal pagi;
1 semasa menunggu enjin motor/kereta panas walaupun kereta aku tak perlu warm-up;
1 sebelum bersarapan pagi di kantin tempatku bekerja;
2 semasa dalam tempoh berborak selepas bersarapan;
2 batang dalam tempoh bekerja sehingga waktu makan tengahari;
1 sebelum makan tengahari di kantin;
2 semasa berborak selepas makan tengahari;
2 dalam tempoh bekerja sehingga waktu pulang kerja;
2 sebelum dan selepas makan malam;
1 sebelum tidur.

Tapi yang mengherankannya, bila tiba bulan puasa, ok la pulak kalau aku tak hisap rokok. Cuma balas dendamla selepas berbuka puasa, berkepul-kepul asap sehinggakan waktu imsak diakhiri dengan rokok.

Dari sehari ke sehari, perasaan ingin berhenti merokok aku tangguhkan. Tak tahu apa puncanya. Sayang kerana stok rokok masih banyakla, tengah tensionla, nak cari ilhamla, dan seribu macam lagi alasan la untuk terus menangguhkan niatku untuk meninggalkan rokok (eh! berapa banyak punya la daa...).

Tanggal 12 April hari itu, sebaik sahaja pulang awal dari rumah mak dan ayah dan pekena sebatang lagi rokok sebelum masuk ke dalam rumah, tidak semena-mena ketika aku duduk di sofa terlintas aku untuk berhenti dari merokok. Lantas, ku panggil isteriku ke sisi dan memberinya sekotak rokok yang masih separuh penuh berjenama Dunhill dan lighter.

Isteriku menyoal, "nak suruh saya pulak merokok ker?" La...kesitu pulak minah ni.
Segeraku jawab, "tolong buang semua untuk saya...." dengan suara yang lemah.
Isteriku bertanya lagi (memang suka tanya minah ni), "Ni banyak lagi nih"
dan sambutku, "nak suruh habiskan dulu ker?"
...dan dengan segera dia mengambil rokok dan lighter dari tanganku lalu dibuangnya ke dalam tong sampah di dapur. Sempat aku menjeling jam di tangan yang pada masa itu menunjukkan pukul 10.15 pagi.

Mulai detik itu aku berazam untuk buang jauh-jauh tabiat burukku itu dan meminta anak perempuanku yang berumur 5 tahun untuk mendoakan aku supaya tidak kembali lagi merokok.

Hari pertama bekerja selepas berhenti merokok, aku langsung tak menjejakkan kakiku ke kantin tempatku berkerja. Takut akan kembali merokok bila berjumpa kawan-kawan.

Hari kedua, aku sudah boleh duduk semeja dengan kawan-kawanku yang merokok. Banyak jugak la aku telah air liur menahan diri dari tidak merokok....dan dalam tempoh 24 hari ini, sudah 3 kali aku bermimpi sedang hisap rokok, 4 kali aku ke klinik dan sekali ke specialist kerana mengalami masalah pernafasan apabila dadaku terasa seperti masih dipenuhi asap. Hmm....betul-betul cobaan!

Minta semua yang membaca blog ini agar mendoakan aku kuat semangat untuk tidak kembali merokok semula. AMIN...