Sunday, February 22, 2009

Upin & Ipin: Geng Pengembaraan Bermula






















Petang tadi, kami sampai awal di TGV KLCC lebih kurang jam 3.30 petang bagi memastikan kami mendapat tempat duduk yang best. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama bagi puteriku menonton wayang, aku saja nak pastikan dia akan berasa selesa semasa menonton dan menikmati cerita karektor kegemarannya.

Setelah mendapatkan tiket yang telah ditempah semalam menerusi telefon di kaunter, kami meninjau-ninjau barang elektrik di kedai berdekatan untuk hadiah perkahwinan rakan sekerja ofis isteriku dan juga sepupu beliau sebelum turun makan di KFC. Kesian aku tengok puteriku terketar-ketar semasa hendak menyuapkan nasi ke mulut, kelaparan....

Selepas makan, kami terus naik menuju bilik tayangan no. 4. Kami duduk di barisan belakang sebelah kanan dan puteriku diapit mama dan abahnya. Tayangan bermula kira-kira jam 5.30 petang dan tamat kira-kira jam 7.15 malam.

Komen:
Pada peringkat awal memang menarik di mana memaparkan perjalanan dua orang kawan sebilik pulang ke kampung untuk berjumpa atuknya (Tok Dalang) setelah mendengar berita mengenai hantu durian. Olahan mengenai pemandangan kampung dan unsur-unsur lucu begitu mencuit hati. Sesampai di kampung, di situlah mereka berjumpa dengan Upin & Ipin, Kak Ros, Rajoo & Sapy (lembunya). Disebabkan ingin mendapatkan durian, dua orang kawan tadi bercadang untuk menuju ke kebun atuknya dengan bantuan Rajoo dan lembunya. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan Upin & Ipin, disusuli Kak Ros di kebun durian.

Selepas itu, aku anggap adegan-adegan seterusnya kurang sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah terutamanya perempuan memandangkan ia menyelitkan pemandangan yang menakutkan dan munculnya makhluk-makhluk aneh serta ganas semasa mereka sesat di hutan dalam tempoh yang agak lama dan suasana gelap. Aku lihat puteriku menangis di kerusi tanpa suara. Takut agaknya...atau mungkin terkejut ia tidak seperti yang ditonton di tv (penuh dengan keriangan dan teladan). Keseluruhannya...satu percubaan yang baik dan perlu diberi sokongan lanjut untuk memajukan industri animasi tempatan.

Aktiviti hujung minggu 2

Pada hari ini pula, seawal pagi kami sudah bergegas ke pusat bandaraya Kuala Lumpur bagi urusan membuat pasport untuk perjalanan umrah mak dan ayah pada penghujung Mac nanti. Setiba kami di Pusat Kerajaan Bandar Damansara, kami terus menuju ke pejabat Imigresen di tingkat satu. Kami diarahkan ke kaunter 26, khas untuk warga emas (55 tahun) serta wanita mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.

Permohonan pasport mak tiada apa-apa masalah dan boleh diambil sekitar jam 10.30 pagi. Tetapi permohonan ayah ada sedikit masalah memandangkan ayah pernah mempunyai pasport dan didapati hilang dari simpanan semalam. Walaupun sudah lama, iaitu dibuat pada tahun 1977 dan luput selepas 5 tahun, ia didapati masih aktif di dalam sistem.

Ayahku diminta membuat beberapa perkara: -

1. Mengisi borang soal-selidik (dibeli dengan harga RM1) dan perlu dicop oleh pesuruhjaya sumpah (tak sempat memandangkan mereka tutup pada hari ini).
2. Membuat laporan polis (dibuat di Jalan Travers pagi ini juga) dan disahkan polis bertugas. Bayaran Rm2 dikenakan untuk salinan report polis itu.
3. Dokumen2 lain iaitu 2 salinan IC, 2 salinan sijil kelahiran, 2 keping gambar terbaru.
4. Selepas semua ini lengkap ayah dikehendaki menghadiri sesi temuduga pula.

Pada sebelah petangnya, kami akan pergi menonton Geng Pengembaraan Bermula: Upin & Ipin di KLCC...

Saturday, February 21, 2009

Aktiviti hujung minggu

Pada hari ini, kami bangun awal. Setelah bersiap-siap, kami menuju ke jalan 222 Petaling Jaya untuk servis kereta hitamku. Meter telah menunjukkan perjalanan sejauh 17,029 km sebaik sahaja kami tiba di pusat servis kira-kira jam 9 pagi.

Setelah pendaftaran, kami berjalan kaki sejauh lebih kurang 250 meter ke medan selera berdekatan untuk bersarapan pagi. Roti canai kat sini memang yang paling sedap pernah aku makan...dengan kuah dalnya yang tidak berapa cair dan tidak berapa pekat. Mmm...sedap!

Selepas bersarapan, kira-kira jam 11 pagi selesai sudah urusan kami disitu. Destinasi seterusnya adalah Midvalley. Kami cadang mahu menonton cerita Geng Pengembaraan Upin & Ipin di sana. Walau bagaimanapun, kami dihampakan apabila tiket semuanya sudah habis dijual. Untuk memujuk budak kecik itu, kami belikan t-shirt upin & ipin yang ada dijual di situ. Harganya RM40...boleh tahan jugak mahalnya!

Dengan hati yang kecewa, kami terus menuju rumah mak dan ayah di Tg. Malim.

Friday, February 20, 2009

Terima kasih Airasia!

Promosi selama 48 jam Airasia baru-baru ini membolehkan kami membuat tempahan awal untuk ke Kuching, Sarawak pada April nanti. Untuk tambang 3 tiket, semuanya hanya berharga RM223.20 untuk perjalanan pergi balik. Jika termasuk 3 beg (sehingga 15 kg setiap satu) dan makanan (pergi: 2 1901 hotdog dan 1 nasi lemak; balik: 1 nasi beriani, 1 nasi ayam dan 1 nasi lemak), semuanya berharga RM293.20.

Terima kasih Airasia!

Thursday, February 19, 2009

Seksyen baru

Hari ini kami dimaklumkan mengenai struktur baru jabatan yang juga melibatkan peralihan beberapa kakitangan. Ini termasuklah aku yang ditukarkan dari seksyen analisis ke seksyen polisi yang akan berkuatkuasa 1 Mac nanti. Alhamdulillah...apa yang aku mahukan seperti yang dipohon melalui borang career aspiration sebelum ini telah termakbul.

Wednesday, February 18, 2009

Abang ipar

Pagi ini, selesai sahaja bersarapan di medan kupang, aku terima sms dari kakak mengatakan abang iparku dimasukkan ke hospital. Aku terus menelefon kakak bagi mengetahui dengan lebih lanjut. Abang iparku mengadu sakit di bahagian perut seawal jam 1.45 pagi lagi dan telah berjumpa doktor di klinik berhampiran. Di sana, beliau diberi suntikan bagi meredakan kesakitan. Tetapi semua itu tidak berjaya meredakan kesakitan yang dialami. Jam 5 pagi, beliau rujuk semula dengan doktor di klinik berkenaan dan atas nasihat doktor, beliau telah dirujuk ke hospital pakar Tawakal.

Apabila sampai di ofis, aku terus memberitahu pengurus akan niatku untuk mengambil cuti separuh hari pada sebelah petangnya. Dalam jam 2.15 petang setelah selesai makan tengahari, aku terus menapak selama lebih kurang 15 minit ke tempak letak kereta yang disediakan majikanku. Sesampai di sana, aku membeli buah tangan di 7 elevan sebelum bergerak ke bilik 213. Ayah, kakak dan nisha ada di situ manakala mak dan ika menyusul kemudian setelah selesai bersolat. Era pula kena pergi sekolah...Ija pula sampai lebih kurang jam 3.45 petang.

Kemudian, abang iparku telah ditukarkan ke bilik lain di tingkat 3.

Berikut serba sedikit yang aku dapat dari internet mengenai penyakit abang iparku.


Hyperamylasemia (High Blood Amylase Level)

What is hyperamylasemia?
Hyperamylasemia may be described as an excess of the pancreatic enzyme - amylase in the blood. Digestion of your dietary intake of carbohydrates and fat relies on the action of amylase, found in the saliva, to begin the digestion of starches. At the same time, lipase from your gastric secretions breaks down the fat in your food. Blood amylase and lipase levels are most frequently drawn to diagnose pancreatitis. When the pancreas is inflamed, increased blood levels of amylase and lipase, pancreatic enzymes, will result.

The normal level for amylase is 0-137 U/L. Normal values may vary from laboratory to laboratory.

What are some symptoms of hyperamylasemia to look for?
There are oftentimes no symptoms of hyperamylasemia, unless you develop pancreatitis or some other condition that may cause you to have pain, nausea or vomiting.

If your pancreas is inflamed due to pancreatitis, and your pancreas unable to produce insulin, you may have symptoms of diabetes. These include excessive thirst, frequent urination, extreme tiredness (fatigue), and weight loss. This is often temporary.

Symptoms of pancreatitis may include nausea, sweating and weakness. You may also notice pain in the middle of your chest, which may move or radiate to your back.

(reference: http://www.chemocare.com/managing/hyperamylasemia-high-amylase.asp)

Friday, February 13, 2009

Misteri di Langkawi

Gambar ini aku terima melalui sms dari kakak petang tadi. Cuba lihat kelibat di sebelah kiri gambar. Ada nampak sesuatu tak?

Menurut kakak, dia pun tak sedar akan imej tersebut dan hanya apabila ditegur rakan sekerja, barulah dia tahu. Berdiri jugak bulu roma aku...

Gambar ini diambil ketika kami bercuti di Langkawi minggu lepas.

Tuesday, February 3, 2009

Hari Keempat di Langkawi

Iya..memang kami bercuti sakan kali ini di Langkawi. Sudah empat hari kami berada di pulau lagenda Langkawi. Selesai bersarapan, aku, ayah, pakcik usop dan abang pergi ke pekan Kuah menggunakan kereta Nissan Sentra merah bagi menyewa dua buah lagi kereta.

Tiba di pekan, kami pergi ke kaunter dan akhirnya dapat dua buah kereta proton Iswara dengan harga RM50 sehari. Kemudian, kami kembali semula ke pantai Chenang untuk mengambil keluarga kami yang selebihnya sebelum bergerak semula ke pekan Kuah.

Tiba semula di pekan Kuah, kami menuju ke Dataran Helang sebelum makan tengahari di medan selera berdekatan. Kemudian, kami menuju ke kedai Hj. Ismail Group untuk bershoping sakan. Antara yang paling banyak dibeli semestinya coklat.

Selepas bershoping sakan, kami bergerak semula ke resort kami di pantai Chenang. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai menjual hasil gamat (i.e. minyak gamat, sabun gamat, ubat batuk gamat, ubat kuat gamat, air gamat, ubat gatal gamat...macam-macam ada!!).

Disebabkan malam ini merupakan malam terakhir kami, dalam program kami dinyatakan bahawa kami akan makan malam special di sebuah restoran nelayang di Bukit Malut. Tapi memandangkan ayah mempunyai alasannya yang tersendiri, kami pon hanya makan ikan kurung dan telur goreng. Kesian mak, sedang goreng telur minyak pulak meletup hingga hinggap di kedua belah tangan. Cepat-cepat kami pergi dapatkan minyak gamat yang baru kami beli tadi.

Selepas itu, kami masuk bilik masing-masing lebih awal untuk berkemas-kemas untuk pulang. Hmm....lama-lama cuti pon kena jugak balik rumah.













Monday, February 2, 2009

Hari Ketiga di Langkawi

Pagi selepas bersarapan, aku ditugaskan untuk menghantar semua orang dari resort menuju ke jeti berdekatan Awana Porto Malai. Semua sekali tiga trip dan dalam jam 8.30 pagi semua orang berjumlah 11 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sudah pon terpacak di jeti, menunggu bot. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM340 untuk perkhidmatan sewa bot ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Tasik Dayang Bunting. Bot tiba lebih kurang jam 9 pagi di jeti dan keadaan air surut ketika itu menyukarkan kami sedikit untuk menaiki bot.

Kemudian kami terus dibawa ke Pulau Beras Basah di mana mengikut pemandu bot tersebut di situlah semua beras-beras dibawa ke pulau tersebut bagi mengelakkan dibakar tentera Siam. Memandangkan cuaca buruk pada masa itu, kesemua beras yang cuba dibawa masuk ke pulau tersebut telah basah. Kami hanya seketika sahaja disitu, tidak turun dari bot memandangkan ia masih terlalu awal bagi kami untuk bermandi-manda di pantai tersebut.

Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Singa Besar di mana di situ terdapat banyak burung helang. Terdapat dua jenis helang di situ, spesis helang berwarna merah bersaiz kecil dan helang berwarna putih yang lebih besar. Pemandu bot memberhentikan bot kami, terus mencapai pisau dan bekalan ayam. Setelah dipotong kecil-kecil, ia kemudian dicampak ketengah lautan untuk santapan helang-helang. Memang menakjubkan melihat helang-helang itu menyambar ayam yang terapung di lautan.

Setelah hampir 20 minit di situ, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Tasik Dayang Bunting.

Sebelah petangnya, ayah, Pakcik Usop, abang dan aku pergi ke Pekan Kuah memulangkan kereta sewa. Memandangkan kini kami sudah tidak mempunyai kereta, kami menyewa kereta dari penyewa yang baru. Kami dapat sebuah kereta Nissan Sentra dengan harga RM60 sehari.

























































Sunday, February 1, 2009

Hari Kedua di Langkawi

Hari ini program telah diatur dengan teliti bagi memastikan masa kami diisi memandangkan kami bercadang memulangkan dua buah kereta di sebelah petang bagi menjimatkan kos. Sebelah paginya setelah bersarapan, kami menuju ke Gunung Mat Chincang untuk menaiki kereta kabel. Tak sangka pula semua orang setuju untuk naik kereta kabel termasuk mak yang sememangnya gayat pada ketinggian. Nasib baik semuanya berjalan lancar walaupun ada yang menjerit dan menangis dalam kereta kabel. hehehe...

Selepas itu, kami menuju ke Kg. Tok Senik untuk makan tengahari di Restoran Fatimah. Lauk dah hampir habis semasa kami tiba dalam jam 1.30 petang. Makanla jugak sebab perut dah berkeriuk.

Selepas itu kami menuju ke Makam Mahsuri tak jauh dari situ. Berikut ringkasan hari kedua kami di Langkawi: -