Tuesday, February 3, 2009

Hari Keempat di Langkawi

Iya..memang kami bercuti sakan kali ini di Langkawi. Sudah empat hari kami berada di pulau lagenda Langkawi. Selesai bersarapan, aku, ayah, pakcik usop dan abang pergi ke pekan Kuah menggunakan kereta Nissan Sentra merah bagi menyewa dua buah lagi kereta.

Tiba di pekan, kami pergi ke kaunter dan akhirnya dapat dua buah kereta proton Iswara dengan harga RM50 sehari. Kemudian, kami kembali semula ke pantai Chenang untuk mengambil keluarga kami yang selebihnya sebelum bergerak semula ke pekan Kuah.

Tiba semula di pekan Kuah, kami menuju ke Dataran Helang sebelum makan tengahari di medan selera berdekatan. Kemudian, kami menuju ke kedai Hj. Ismail Group untuk bershoping sakan. Antara yang paling banyak dibeli semestinya coklat.

Selepas bershoping sakan, kami bergerak semula ke resort kami di pantai Chenang. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai menjual hasil gamat (i.e. minyak gamat, sabun gamat, ubat batuk gamat, ubat kuat gamat, air gamat, ubat gatal gamat...macam-macam ada!!).

Disebabkan malam ini merupakan malam terakhir kami, dalam program kami dinyatakan bahawa kami akan makan malam special di sebuah restoran nelayang di Bukit Malut. Tapi memandangkan ayah mempunyai alasannya yang tersendiri, kami pon hanya makan ikan kurung dan telur goreng. Kesian mak, sedang goreng telur minyak pulak meletup hingga hinggap di kedua belah tangan. Cepat-cepat kami pergi dapatkan minyak gamat yang baru kami beli tadi.

Selepas itu, kami masuk bilik masing-masing lebih awal untuk berkemas-kemas untuk pulang. Hmm....lama-lama cuti pon kena jugak balik rumah.













No comments:

Post a Comment