Monday, February 2, 2009

Hari Ketiga di Langkawi

Pagi selepas bersarapan, aku ditugaskan untuk menghantar semua orang dari resort menuju ke jeti berdekatan Awana Porto Malai. Semua sekali tiga trip dan dalam jam 8.30 pagi semua orang berjumlah 11 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sudah pon terpacak di jeti, menunggu bot. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM340 untuk perkhidmatan sewa bot ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Tasik Dayang Bunting. Bot tiba lebih kurang jam 9 pagi di jeti dan keadaan air surut ketika itu menyukarkan kami sedikit untuk menaiki bot.

Kemudian kami terus dibawa ke Pulau Beras Basah di mana mengikut pemandu bot tersebut di situlah semua beras-beras dibawa ke pulau tersebut bagi mengelakkan dibakar tentera Siam. Memandangkan cuaca buruk pada masa itu, kesemua beras yang cuba dibawa masuk ke pulau tersebut telah basah. Kami hanya seketika sahaja disitu, tidak turun dari bot memandangkan ia masih terlalu awal bagi kami untuk bermandi-manda di pantai tersebut.

Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Singa Besar di mana di situ terdapat banyak burung helang. Terdapat dua jenis helang di situ, spesis helang berwarna merah bersaiz kecil dan helang berwarna putih yang lebih besar. Pemandu bot memberhentikan bot kami, terus mencapai pisau dan bekalan ayam. Setelah dipotong kecil-kecil, ia kemudian dicampak ketengah lautan untuk santapan helang-helang. Memang menakjubkan melihat helang-helang itu menyambar ayam yang terapung di lautan.

Setelah hampir 20 minit di situ, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Tasik Dayang Bunting.

Sebelah petangnya, ayah, Pakcik Usop, abang dan aku pergi ke Pekan Kuah memulangkan kereta sewa. Memandangkan kini kami sudah tidak mempunyai kereta, kami menyewa kereta dari penyewa yang baru. Kami dapat sebuah kereta Nissan Sentra dengan harga RM60 sehari.

























































No comments:

Post a Comment