Sunday, February 22, 2009

Aktiviti hujung minggu 2

Pada hari ini pula, seawal pagi kami sudah bergegas ke pusat bandaraya Kuala Lumpur bagi urusan membuat pasport untuk perjalanan umrah mak dan ayah pada penghujung Mac nanti. Setiba kami di Pusat Kerajaan Bandar Damansara, kami terus menuju ke pejabat Imigresen di tingkat satu. Kami diarahkan ke kaunter 26, khas untuk warga emas (55 tahun) serta wanita mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.

Permohonan pasport mak tiada apa-apa masalah dan boleh diambil sekitar jam 10.30 pagi. Tetapi permohonan ayah ada sedikit masalah memandangkan ayah pernah mempunyai pasport dan didapati hilang dari simpanan semalam. Walaupun sudah lama, iaitu dibuat pada tahun 1977 dan luput selepas 5 tahun, ia didapati masih aktif di dalam sistem.

Ayahku diminta membuat beberapa perkara: -

1. Mengisi borang soal-selidik (dibeli dengan harga RM1) dan perlu dicop oleh pesuruhjaya sumpah (tak sempat memandangkan mereka tutup pada hari ini).
2. Membuat laporan polis (dibuat di Jalan Travers pagi ini juga) dan disahkan polis bertugas. Bayaran Rm2 dikenakan untuk salinan report polis itu.
3. Dokumen2 lain iaitu 2 salinan IC, 2 salinan sijil kelahiran, 2 keping gambar terbaru.
4. Selepas semua ini lengkap ayah dikehendaki menghadiri sesi temuduga pula.

Pada sebelah petangnya, kami akan pergi menonton Geng Pengembaraan Bermula: Upin & Ipin di KLCC...

No comments:

Post a Comment