Saturday, February 21, 2009

Aktiviti hujung minggu

Pada hari ini, kami bangun awal. Setelah bersiap-siap, kami menuju ke jalan 222 Petaling Jaya untuk servis kereta hitamku. Meter telah menunjukkan perjalanan sejauh 17,029 km sebaik sahaja kami tiba di pusat servis kira-kira jam 9 pagi.

Setelah pendaftaran, kami berjalan kaki sejauh lebih kurang 250 meter ke medan selera berdekatan untuk bersarapan pagi. Roti canai kat sini memang yang paling sedap pernah aku makan...dengan kuah dalnya yang tidak berapa cair dan tidak berapa pekat. Mmm...sedap!

Selepas bersarapan, kira-kira jam 11 pagi selesai sudah urusan kami disitu. Destinasi seterusnya adalah Midvalley. Kami cadang mahu menonton cerita Geng Pengembaraan Upin & Ipin di sana. Walau bagaimanapun, kami dihampakan apabila tiket semuanya sudah habis dijual. Untuk memujuk budak kecik itu, kami belikan t-shirt upin & ipin yang ada dijual di situ. Harganya RM40...boleh tahan jugak mahalnya!

Dengan hati yang kecewa, kami terus menuju rumah mak dan ayah di Tg. Malim.

No comments:

Post a Comment