Sunday, February 22, 2009

Upin & Ipin: Geng Pengembaraan Bermula






















Petang tadi, kami sampai awal di TGV KLCC lebih kurang jam 3.30 petang bagi memastikan kami mendapat tempat duduk yang best. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama bagi puteriku menonton wayang, aku saja nak pastikan dia akan berasa selesa semasa menonton dan menikmati cerita karektor kegemarannya.

Setelah mendapatkan tiket yang telah ditempah semalam menerusi telefon di kaunter, kami meninjau-ninjau barang elektrik di kedai berdekatan untuk hadiah perkahwinan rakan sekerja ofis isteriku dan juga sepupu beliau sebelum turun makan di KFC. Kesian aku tengok puteriku terketar-ketar semasa hendak menyuapkan nasi ke mulut, kelaparan....

Selepas makan, kami terus naik menuju bilik tayangan no. 4. Kami duduk di barisan belakang sebelah kanan dan puteriku diapit mama dan abahnya. Tayangan bermula kira-kira jam 5.30 petang dan tamat kira-kira jam 7.15 malam.

Komen:
Pada peringkat awal memang menarik di mana memaparkan perjalanan dua orang kawan sebilik pulang ke kampung untuk berjumpa atuknya (Tok Dalang) setelah mendengar berita mengenai hantu durian. Olahan mengenai pemandangan kampung dan unsur-unsur lucu begitu mencuit hati. Sesampai di kampung, di situlah mereka berjumpa dengan Upin & Ipin, Kak Ros, Rajoo & Sapy (lembunya). Disebabkan ingin mendapatkan durian, dua orang kawan tadi bercadang untuk menuju ke kebun atuknya dengan bantuan Rajoo dan lembunya. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan Upin & Ipin, disusuli Kak Ros di kebun durian.

Selepas itu, aku anggap adegan-adegan seterusnya kurang sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah terutamanya perempuan memandangkan ia menyelitkan pemandangan yang menakutkan dan munculnya makhluk-makhluk aneh serta ganas semasa mereka sesat di hutan dalam tempoh yang agak lama dan suasana gelap. Aku lihat puteriku menangis di kerusi tanpa suara. Takut agaknya...atau mungkin terkejut ia tidak seperti yang ditonton di tv (penuh dengan keriangan dan teladan). Keseluruhannya...satu percubaan yang baik dan perlu diberi sokongan lanjut untuk memajukan industri animasi tempatan.

No comments:

Post a Comment