Wednesday, December 31, 2008

Hari Terakhir 2008

Hari ini aku masih lagi bercuti. Aku dan ija bertolak ke Kuala Lumpur dalam jam 12 tengahari dan tiba di Tupai-Tupai 50 minit kemudian. Keadaan di situ penuh sesak dengan orang ramai. Walaupun aku berbaris panjang untuk mengambil nasi, tetapi hanya mengambil beberapa minit untuk tiba giliranku. Di situ aku terserempak dengan Malis dan Kak Aida yang kebetulan makan di situ.

Selesai makan tengahari, kami pon bertolak menuju ke Honda Showroom di Petaling Jaya. Saja ingin melihat dengan lebih dekat Honda City yang baru. Ada dua model untuk City baru iaitu model S dan E dengan on the road price RM84,980 dan RM89,980 masing-masing. Ruang dalaman menarik dan selesa di lengkapi dengan gear 5 transmisi automatik. Bagi model E, ia turut dilengkapi dengan paddle shift bagi mereka yang inginkan keseronokan menukar gear seperti kereta F1, cermin sisi dengan lampu signal dan foldable, sport rim khas, foglight dan kekemasan dalaman yang lebih menarik dari model s. Kalau anda bercadang membeli model ini, memang berbaloi kalau ambil model E.

Selepas itu, aku hantar ija ke ofis yang terletak berdekatan showroom terbabit dan terus menuju ke ofisku. Di ofis, aku kira-kira berapa yang aku perlu bayar untuk zakat tahun ini dan kemudian terus ke pusat zakat di Masjid Negara. Dengan doa dari Pegawai Zakat di situ yang mendoakan keberkatan hidupku sebaik sahaja selepas akad, maka selesailah urusanku di sana. Untuk pembaca blogku, tunaikanlah zakat kerana hidup kita akan lebih berkat di sisi Allah. Bukan seruan kosong, tetapi semuanya telahku alami sendiri di mana sepanjang tahun aku tidak pernah mengalami sebarang masalah kewangan malahan ada sahaja yang mendatang tanpa diduga. Jangan lupa pula simpan resit yang dikeluarkan Pusat Zakat untuk tujuan income-tax nanti...

No comments:

Post a Comment