Sunday, January 18, 2009

Tahniah Pakcik!

Semalam, bangun sahaja dari tidur, mataku tiba-tiba terasa berair dan kemudian disusuli bersin lebih dari 10 kali. Aku demam.

Tetapi tetapku gagahkan kaki untuk ke pasar. Di sana, aku beli 4 ekor ketam merah dan sekilo lala untuk makan tengahari nanti. Dalam jam 12, emak dan ayah sampai. Macam-macam mak bawa bekalan dari rumah...setalam kuih seri muka kesukaan Nisha, karipap kegemaranku, apam kegemaran Effa serta buah oren dan epal hijau. Untuk tengahari, kami jamu mak dan ayah sup ketam, lala tak tau masak apa (resepi ija) dan sambal belacan. Lepas makan, aku ambil ubat selesema dan juga demam. Dalam jam 1.30 petang, selesai solat Zohor, aku tertidur. Entah berapa lama baru aku terjaga dan terus mandi serta bersiap-siap untuk ke rumah kakak.

Dalam perjalanan ke rumah kakak, sempat kamni pergi recce dewan untuk majlis perkahwinan anak pakcik aku di Pandan Indah. Sampai di rumah kakak, macam-macam kakak jamu kami. Ada mihun goreng, lasagna, kek choc indulgance dan buah-buahan. Oh ya, aiskrim pon ada...nyum-nyum!

Selesai solat Maghrib, kami kemudian bertolak ke Dewan Perbandaran MPAJ di Pandan Indah untuk majlis resepsi menantu baru pakcik kami di sana. Kami antara saudara yng sampai awal malam itu dalam jam 8.30 malam. Terjumpa dengan mak ngah sekeluarga yang sudah lama kami tak jumpa. Masing-masing tak kenal sesama sendiri. Memang lain dari dulu...semua sudah dimakan usia. Di situ kami jumpa nenek dan ahli keluarga yang lain. Dalam jam 10 malam, selepas bersalam-salaman, kami angkat kaki untuk pulang ke rumah. Tersesat la pulak....macam-macam bila badan tak sihat.

Kami singgah di shell Jalan Duta kerana Ija dah sakit perut. Kemudian teruskan perjalanan sampai di R&R Rawang dan berhenti disitu untuk minum-minum. Dalam jam 11.30 baru sampai Bukit Beruntung.

Aku masih tak sihat hingga ke malam ini. Dah la esok nak kerja...




No comments:

Post a Comment