Saturday, December 17, 2016

Umrah (1 - 12 Disember 2016)


Salam.

Alhamdulillah, kali ini berkesempatan melakukan umrah seisi keluarga bersama mak, kakak sekeluarga, pokde dan mokde, pakcik husin sekeluarga dan poksu sekeluarga. Meriah!!!

First time menjejakkan kaki di bumi suci Allah, Kota Mekah dan Madinah memang menerujakan apatah lagi bersama anak kecil. Terima kasih buat arwah ayah. Meskipun tiada bersama, tetapi duit yang kami dapat hasil harta pusaka peninggalan ayah yang membawa kami sekeluarga mengerjakan umrah buat julung kalinya. Semoga pahala umrah kami dapat juga buat arwah ayah.

Rezeki kami...dapat bertemu dengan pak mertua saya di sana semasa di Mekah sebelum berangkat pulang ke KL. Kami juga dapat berjumpa dengan Pakcik Suru dan Makcih Norsiah yang juga kebetulan berada di sana mengerjakan umrah. Syukur..Alhamdulillah.

Kami juga dapat menyambut hari lahir ke-6 puteri kami, Zulaikha Damia semasa di Mekah (9 Disember 2016). Walaupun sederhana, namun kami tetap gembira meraikan hari kelahiran puteri kami yang bongsu. Semoga puteri kami menjadi anak yang solehah, hormat akan kedua orang tuanya, sentiasa diberkati Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan, dilimpahi rezeki, cemerlang dalam pelajaran dan sukan, serta bahagia selalu.

Doakan kami supaya dapat lagi mengerjakan umrah seumpama ini di masa hadapan. Aaminn.






























No comments:

Post a Comment