Sunday, April 5, 2009

Hari Ketiga: Serikin

Seawal pagi kami sudah bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Serikin, sebuah kawasan berhampiran sempadan Kalimantan. Rakan-rakan kami yang rekomen tempat ini yang merupakan tempat sesuai untuk membeli barangan dengan harga murah. Selepas bersarapan, kami terus bergerak ke kereta sewa kami sambil menunggu rakan sampai menjemput kami. Tak lama kemudian, sampai Betty dan kakaknya dengan menaiki kereta Iswara aeroback berwarna silver.

Tepat jam 8.35 pagi kami bergerak ke Serikin dan sampai lebih kurang sejam kemudian. Parking kereta dikenakan bayaran sebanyak RM2 dan kami berada di sana sehingga jam 11.30 pagi sebelum berangkat pulang ke Bandaraya Kuching.

Helmet pun ada...

























































Singgah di Muzium dalam perjalanan pulang ke hotel.






















Sebelah malamnya kami ke Topspot, tempat makan-makan yang popular dikalangan warga Sarawak dan pelancong. Terdapat banyak restoran dan gerai makanan laut di sini....




























Saturday, April 4, 2009

Hari Kedua: Kampung Budaya Sarawak

Hari kedua di Kuching, kami mengambil keputusan untuk melawat ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) terletak di kaki Gunung Santubong yang mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan atau sejauh 30km dari bandaraya Kuching. Bayaran tiket yang dikenakan berharga RM60 seorang bagi dewasa untuk memasuki Kampung Budaya Sarawak.

Melalui khidmat Matahari Tours Sdn Bhd yang mempunyai premis perniagaan di hotel kami menginap, kami telah membayar sebanyak RM80 seorang untuk tambang dewasa dan tiket masuk manakala anak kami yang berumur 5 tahun hanya dikenakan bayaran tambang RM10 (tidak perlu tiket masuk). Ketika keluar dari hotel kira-kira jam 9 pagi, hujan masih lebat. Van sudah pun menunggu kami di bahu jalan dihadapan hotel. Pemandu kami pada pagi itu ialah Encik Omar dan ada satu lagi keluarga yang menyertai kami (Encik Salahudin dari Taman Melawati bersama isteri dan tiga orang anak mereka).

Pintu masuk Kampung Budaya Sarawak











Mengadap info center dan restoran
















Rumah orang cina di Sarawak






Rumah orang melayu






Melihat bahulu dan kuih kapit dibuat secara tradisional menggunakan dapur arang kayu







Rumah orang ulu















Rumah orang penan









Pandai posing depa nie...










Rumah orang melanau. Tinggi tuu...kalau tak silap 3 tingkat!











Bergambar bersama orang melanau...












Rumah orang iban













Sempat isi minyak budak tu...














Rumah orang bidayuh...
















Tempat di mana tengkorak-tengkorak diasapkan. Sebelum ini golongan perempuan tidak dibenarkan masuk tetapi sekarang sudah boleh...mungkin tak nak depa terkejut lihat kepala-kepala digantung dan diasap.



























Selain ke Kampung Budaya Sarawak, kami juga dibawa ke Muzium Kucing. Segala-gala tentang kucing ada disimpan di sini. Tiada bayaran masuk dikenakan.












Selepas itu, kami dibawa ke Kampung Gersik (boleh dilihat dari hotel kami di seberang sungai) untuk melawat kilang kek lapis Sarawak, Dayang Salhah. Beli 10 kek lapis percuma satu, siap dibungkus dengan kemas untuk menyenangkan dibawa bersama di dalam penerbangan (tiada bayaran dikenakan untuk pembungkusan dan penghantaran ke hotel). Order dan mereka akan hantar ke hotel sehari sebelum berangkat pulang bagi memastikan kesegarannya. Maklumat lanjut, sila layari URL berikut: http://keklapisdayangsalhah.com

Kereta sewa kami semasa di sana, dihantar ke hotel jam 4 petang. Sewa dikenakan adalah RM80 sehari untuk Perodua Viva 850cc transmisi manual oleh Golden System Car Rental & Tours Sdn Bhd (special price). Siap minyak telah diisi penuh lagi tapi masa nak pulang, minyak mestilah kena full gak :) Bila aku lihat meter, kereta ni baru berjalan sejauh 183km. Masih ada bau kereta baru tu! Kami sewanya selama 2 hari dan akan ke Serikin esok....


Video tarian selamat datang - orang ulu

Friday, April 3, 2009

ZooM! Malaysia: Kuching, Sarawak

Tahun ini aku menyambut hari lahirku di Kuching, Sarawak bersama-sama isteri dan anak perempuanku.

Kali terakhir aku berada di Kuching, lebih kurang sebulan sebelum tarikh kami berkahwin, ke sini bersama rakan-rakan sepejabat pada tahun 2003.



Terminal LCC
Boarding Pass






Dewan menunggu, LCCT
Dalam flight











Pemandangan Kuching dari atas. Boleh nampak Gunung Santubong...




























Selepas mendarat...pertama kali depa berdua beranak ni sampai di Kuching










Di Kuching International Airport











Baru check-in di Hotel Grand Margherita...bilik kami no. 216









































Siap disediakan pengangkutan ke masjid lagi...















Di tengah Bandaraya Kuching, betul-betul berhadapan dengan hotel kami




































Friday, March 27, 2009

Umrah 2009

Ya Allah yang Maha Besar!

Kurniakanlah kesihatan tubuh badan dan kekuatan iman untuk kedua ibubapaku mengerjakan ibadah Umrah nanti

Permudahkanlah amalan mereka serta hindarkanlah mereka dari sebarang kesusahan semasa di sana

Berkatilah ibadah Umrah kedua ibubapaku, sesungguhnya mereka mengerjakannya dengan hati yang ikhlas

Selamatkanlah perjalanan kedua ibubapaku, pergi dan balik

Amin....

Hari ini aku mengambil cuti tahunan untuk menghantar kedua ibubapaku ke KLIA sebelum mereka berangkat ke Mekah dalam jam 3 petang tadi.

Sebak rasa hati ini apabila menatap gambar-gambar yang baru ku ambil tadi...aku sudahpun mula rindukan mereka...mak ayah!























































Sunday, March 22, 2009

Yuna - Dan Sebenarnya

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila, air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila, kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan, berpura pura ku bahagia
ku enggan, melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu telah menular dalam diri
pabila, kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
di saat kau merenung matanya
ku rebah, jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindu aku..oohh
dan sebenarnya...2x
aku rindu
dan sebenarnya...2x