Tapai pon ader...
Tuesday, October 20, 2009
Selamat Pengantin Baru, Makcik Midah
Tahniah diucapkan kepada makcik ku, akhirnya berada dijinjang pelamin dengan jejaka pilihan hati, Pakcik Nasir. Kenduri penuh meriah dengan sanak saudara dari kedua-dua belah pihak telah diadakan di Felda Gedangsa pada 10 Oktober lalu dan majlis resepsi pula diadakan di Taman Rozi, Muar pada 18 Oktober. Di majlis resepsi, kami disajikan dengan sajian beriani kambing yang sememangnya lasat...menambah-nambah kami. Maklumlah, jauh perjalanan kami tp berbaloi rasenye!

Tapai pon ader...
Masing-masing tengah kelaparan...
Tapai pon ader...
Monday, October 19, 2009
Hari Jadi Isteriku
Pada 23 September lepas, kami meraikan harijadi isteriku di KLCC. Mula-mula kami hendak meraikan di Restoran Nelayan, Titiwangsa yang sememangnya berdekatan dengan rumah baru kami. Tetapi memang bukan rezeki kami apabila tersesat dalam kegelapan...hehehe...dah malam la katakan dan aku pon tak berapa familiar dengan arah ke sana, maka kami pon mengambil keputusan untuk makan di KLCC sahaja.
Wednesday, September 9, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Diamond Regency
Dalam tempoh sebulan lepas, banyak perkara yang perlu diselesaikan hingga tidak berkesempatan untuk aku menulis di ruangan ini. Kini, ubahsuai rumah kami yang baru telah selesai dan insya-Allah kami akan mula berpindah ke sana dalam tempoh terdekat.
Hari ahad yang lepas, 16 Ogos 2009, kami mengadakan sedikit jamuan untuk keluarga terdekat. Terima kasih mak dan ayah kerana membawa bekal kuih karipap dan goreng pisang. Juga untuk kakak sekeluarga kerana membawa alatan, air sirap dan daging rendang.

Wardrobe oleh Jetshen Construction & Renovation, Jln Gombak.
Temporary Partition Wall sentuhan Jetshen Construction & Renovation, Jln Gombak.
Bilik anak kami.
Langsir ditempah di Master Home Treatment, The Strand Kota Damansara.
Pemandangan matahari terbenam dari beranda.
LCD TV 32" dibeli di Senheng, Diamond Square.
Meja tempered glass dibeli di Podez Gallery Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Bilik tidur utama.
Katil ditempah di Podez Gallery Sdn Bhd (MEI Furniture) Desa Petaling.
Tempered glass side table ditempah di Podez Gallery Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Dapur basah.
Foldable door oleh Jetshen Construction & Renovation, Jln Gombak.
Dapur kering.
Hari ahad yang lepas, 16 Ogos 2009, kami mengadakan sedikit jamuan untuk keluarga terdekat. Terima kasih mak dan ayah kerana membawa bekal kuih karipap dan goreng pisang. Juga untuk kakak sekeluarga kerana membawa alatan, air sirap dan daging rendang.
Rumah asal
Katil dan tilam sweetdream dibeli di Home Star Furnishing Sdn Bhd, Selayang.
Tower fan dan cadar dibeli di Jaya Jusco, Midvalley Megamall.
Tower fan dan cadar dibeli di Jaya Jusco, Midvalley Megamall.
Meja tempered glass dibeli di Podez Gallery Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Katil ditempah di Podez Gallery Sdn Bhd (MEI Furniture) Desa Petaling.
Tempered glass side table ditempah di Podez Gallery Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Blind ditempah di Master Home Treatment Sdn Bhd.
Foldable door oleh Jetshen Construction & Renovation, Jln Gombak.
Kabinet dapur sentuhan Wira Kitchen Sdn Bhd, Rawang.
Meja tempered glass dan kerusi dari Podez Gallery Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Peti sejuk dibeli di Senheng, Diamond Square.
Meja tempered glass dan kerusi dari Podez Gallery Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Peti sejuk dibeli di Senheng, Diamond Square.
Friday, July 17, 2009
Selamat hari lahir buat Effa
Sunday, July 5, 2009
Kunjungan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, Kota Damansara
Sebaik sahaja pulang dari rumah mak dan ayah, kami bergegas menuju ke Kota Damansara untuk mencari sofa, tv kabinet dan juga langsir. Setibanya di sana, kami tiba di sebuah kedai yang mengkhusus kepada katil dan juga sofa. Kami berpuas hati dengan kualiti pembuatan, material yang digunakan dan juga layanan yang diberikan kepada kami sepanjang kami berada di sana. Setelah selesai, kami pun berkunjung ke restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru berdekatan.
Di restoran tersebut, kami juga amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan pekerja di sana. Walaupun pada mulanya kami mendapat berita makanan yang dipesan lebih kurang lima minit sebelumnya tidak dapat disiapkan kerana kehabisan bahan mentah, kami diberi beberapa pilihan lain atau membatalkan pesanan kami. Tetapi cara layanan yang begitu menitik beratkan kepuasan pengunjungnya menyebabkan aku tidak naik angin...malahan mereka menawarkan makanan tadi secara percuma kepada kami setelah ia dapat disiapkan, tetapi ditolak kami.

Subscribe to:
Posts (Atom)