Saturday, November 15, 2008

Konsert Tadika Dunia Dinamik 2008

Kali ini mak bapak dinasihatkan supaya datang awal lebih kurang pukul 2.30 petang kerana kali ini VIP adalah Mohd Isa Abu Kasim, DUN Batang Kali yang baru selepas menggantikan Datuk Zainal Abidin Sakom. Acara bermula lebih kurang jam 3.15 petang dan berakhir dalam jam 6 petang.


Anak aku mendapat tempat ke-3 bagi murid berumur 4 tahun.







Terima kasih!

Persembahan pertama anak2 berumur 4 tahun...alamak, malu2 la pulak :) Kat rumah bukan main lagi..mungkin ramai sgt kot...kekeke

Tgh cari2 mana mama dgn abah dia..oooh kat depan jer rupenye.
















Kat dalam bilik persalinan. Kali ni kena tukar baju sbb nak nyanyi 10 little indians...























































































Gambar beramai2 sebelum konsert berakhir...


































Thursday, November 13, 2008

Keputusan UPSR 2008

Hari ini amat bermakna bagi semua murid-murid tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini. Keputusan peperiksaan UPSR boleh diketahui dari jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

Bagi anak saudaraku Erra, walaupun mendapat 3A 2B, jangan cepat berputus asa kerana ini baru dianggap sebagai permulaan.

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Menduduki SPM buat Ika

Khas buat Ika, anak saudaraku, di mana hari ini sedang menduduki peperiksaan SPM. Harap dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang dan menjawab dengan sempurna, kalau boleh sebaik mungkin. Jika disemak jadual yang dikeluarkan pihak Kementerian, hari ini kalau tak silap kertas Bahasa Melayu I dan II serta Sejarah (aneka pilihan).

Esok pula kertas Bahasa Inggeris I dan II serta Sejarah 2. Semoga berjaya, Ika!!

Kalau dikenang2 semasa aku mengambil ujian SPM pada tahun 1993 memang itu merupakan detik yang paling penting dalam hidupku. Tak kirala ada terbaca sikit pon, nak juga fakta yang teringat itu dihuraikan dengan panjang lebar disertakan dengan contoh bagi menyokong jawapan. Hmmm...tapi rupa2 nya semua itu sudah 15 tahun berlalu, pergi dan takkan kembali lagi dalam hidupku.

Yang paling utama, nama dan butiran diri kena betul diikuti memahami soalan dan mula menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan....hehehe....jgn jadi Mr Bean laks tersilap kertas soalan :)

Sunday, November 9, 2008

Bowling di Flamingo, Ampang

Jam 12 tepat kami check-out dari hotel tempat kami menginap. Selepas itu aku terus ke ofis untuk print out nama2 bowlers untuk setiap group. Cuaca semasa itu mendung...turun saja dari ofis, hujan sudah mula turun dengan lebat. Aku tak berlengah lagi sebab masa tu jam sudah menunjukkan 1.30 petang, nanti lewat pula ke tempat bowling tu. Memang lebat...tapi syukur sampai jugak kami di sana dalam jam 2 petang. Kami yang mula2 sampai di Flamingo Bowling, Ampang. Risau juga pada mulanya memandangkan hujan lebat, mungkin lewat mula main. Tp semuanya berjalan lancar. Hanya dua orang yang tak datang...semua sekali 19 orang yang main. Kami main 2 game, satu dalam RM5.30 dan kasut pula RM1.50. Kali ini tak bawa bola bowling dan kasut sbb takut nnt tak perform, buat malu jer :-) Untuk first game aku dapat jatuhkan 139 pin dan game kedua pula dapat 167 pin.

Lepas habis bowling, kami menuju pula ke Alpha Angel di Wangsa Maju untuk cari gaun buat persembahan anak aku nanti minggu depan. Cari punya cari tak jumpa yang berkenan....balik la...kaki dan tangan pon dah mula terasa lenguh2...huhuhuuu



























Saturday, November 8, 2008

Semalam di Grand Season Hotel, KL

Jadual hujung minggu kali ini diisi penuh. Sebelah pagi Sabtu nya, sebaik sahaja lepas bersarapan, kami menuju ke Perodua servis di Rawang. Sudah tiba masanya untuk servis kereta kancil kami buat kali kedua (dalam km 6500). Jam menunjukkan pukul 9.05 pagi setibanya kami di situ. Nasib baik sudah buat temu janji awal2 lagi....orang ramai! Dalam pukul 12 kereta kami siap diservis dan terus menuju ke rumah untuk berkemas2. Kami singgah di R&R Rawang untuk mengisi perut kami yang sudah berkeroncong. Aku ambil nasi campur lauk sambal petai dan ikan...hmm...tak sedap, so makan sikit. Ternampak orang sebelah makan kebab dan roti john. Apalaga, kami pon order lg laa :-) and kali ini mmg sedap sehingga menjilat jari!

Selepas Zohor dalam jam 2.30 petang, kami pon bertolak menuju ke KL. Kali ini destinasi kami ke Hotal Grand Season di Chow Kit bersebelahan Hospital KL. Kami daftar masuk dalam jam 3.30 petang. Mula2 malas jugak untuk tidur kat hotel tapi memandangkan isteriku ada dinner di hotel itu dan dapat diskaun, serta keesokan harinya aku ada game bowling di Ampang, kami pon decide untuk tidur di hotel.

Dalam lift menuju ke bilik hotel.
















Akhirnya...kami sampai ke puncak (tingkat 20 tu...)






Bilik kami.....






Gambar di dalam bilik...


























Gambar ini anak aku tolong ambilkan...bergegar sikit, tp okla for her first time...










Dah mengantuk!
















Pemandangan dari bilik kami...nampak KLCC tu!













Dekat Chow Kit...














Kedai aku makan malam sama anak aku...tup2 lepas keluar dari kedai tu baru terperasan sebelah kedai keranda!
































































Kolam renang di tingkat 11. Tp kami tak terjun pon kali ni...sbb tak bawak baju mandi.































Sempat gunting rambut tu...dekat2 hotel kami


Thursday, November 6, 2008

Servis motor

Tertera 64,000 pada meter motorku. Hmm..rupa-rupanya dah hampir 3 tahun aku guna motor ini berulang-alik dari rumah ke ofis. Besar sungguh jasa motor ini...Semalam aku cuti untuk servis motor dan menguruskan hal-hal tertunggak...











Aku sempat ambil gambar tapak gudang tesco di bukit beruntung berhampiran rumah.





Saturday, October 11, 2008

Muar - Resort BNM Port Dickson



Gambar-gambar nie diambil just after we arrived at the resort. Sebenarnya kami sekeluarga termasuk mak & ayah, serta kakak sekeluarga sepakat untuk balik ke kampung nenek di Sg. Mati, Muar. Kami janji di R&R Seremban dan bersarapan di sana dan kemudiannya ke bertolak ke Muar. Dari Muar, kami menuju ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk berehat2 dan berkelah....seronok!! Tp yg spoil nyer...aku lak kena demam selsema:) Balik dari PD, kami beraya pulak di rumah sepupu kami, Kak Ita di Putrajaya...








































Wednesday, October 1, 2008

Suatu hari di Hari Raya!




Gambar-gambar semasa menyambut aidifitri di rumah mak & ayah di Tg. Malim...