Tuesday, November 11, 2008

Selamat Menduduki SPM buat Ika

Khas buat Ika, anak saudaraku, di mana hari ini sedang menduduki peperiksaan SPM. Harap dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang dan menjawab dengan sempurna, kalau boleh sebaik mungkin. Jika disemak jadual yang dikeluarkan pihak Kementerian, hari ini kalau tak silap kertas Bahasa Melayu I dan II serta Sejarah (aneka pilihan).

Esok pula kertas Bahasa Inggeris I dan II serta Sejarah 2. Semoga berjaya, Ika!!

Kalau dikenang2 semasa aku mengambil ujian SPM pada tahun 1993 memang itu merupakan detik yang paling penting dalam hidupku. Tak kirala ada terbaca sikit pon, nak juga fakta yang teringat itu dihuraikan dengan panjang lebar disertakan dengan contoh bagi menyokong jawapan. Hmmm...tapi rupa2 nya semua itu sudah 15 tahun berlalu, pergi dan takkan kembali lagi dalam hidupku.

Yang paling utama, nama dan butiran diri kena betul diikuti memahami soalan dan mula menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan....hehehe....jgn jadi Mr Bean laks tersilap kertas soalan :)

No comments:

Post a Comment