Sunday, November 23, 2008

Hari Pertama di Thailand (Bangkok)

Tepat jam 5.10 petang waktu Malaysia atau jam 4.10 petang waktu Bangkok aku selamat sampai di bumi Thailand. Sekitar kawasan di airport penuh sesak dengan orang ramai seperti keadaan semasa sale di suria KLCC. Aku tercari-cari sign nama dari BAAC selepas mengutip bagasiku. Tiada namaku... Sekitar 10 minit juga aku tercari-cari dan kakiku terus melangkah sehinggalah aku ternampak papan tanda "Mr. Halik". Itu aku!!....errr walaupun nama tu nama ayah aku...hehehe.....Syukur alhamdulillah jumpa jugak. Kalau tak tau tau apa aku nak buat. Dah la barisan orang yang menunggu teksi panjang....Staff BAAC tu nama dia "Ko" seorang lelaki dan juga "Fon" perempuan. Semasa itu ada dua orang lagi yg depa kena tunggu. So akupun duduk la kat kerusi berdekatan. Selapas tidak jumpa orang yang ditunggu, si Ko pon ajak aku naik teksi ke hotel. Kat sini rata-rata kereta Toyota Altis baru dijadikan teksi. So, untuk pengguna Altis kat Malaysia jangan la rasa kereta tu hebat sangat...kekeke....jgn marah ek! Tapi kerusi teksi kat sini rasanya macam duduk kat kerusi kedai gunting rambut la pulak...tak best langsung...dah la tengah penat! Tapi susah gak duduk kat sini...rata-rata tak tahu bahasa English. Guna sign tangan la jawapnyer...Lagi satu pemerhatian aku pada hari pertama berada di Bangkok, keadaan sekitar rata...dari atas kapal terbang lagi aku tengok banyak kawasan yang berair. Dari hotel takde nampak satu bukit pun....hanya dataran terbentang luas. Keadaan di sana bukanlah indah seperti yang aku gambarkan...lebih kurang macam kawasan Chow Kit malah lebih teruk lagi...kotor, penuh gerai-gerai makan yang tak terurus tetapi ramai pengunjungnya, sampah sana-sini, anjing-anjing berkeliaran... Yang kelakarnya kunci bilik hotel...bentuk macam kad tapi ade anak kunci gak. Rupa-rupanya nak masuk bilik kena guna anak kunci. Kad tu pulak kena sangkut untuk guna elektrik. Bukan macam kat Malaysia kad tu masuk ka tempat khas untuk switch on lampu bilik. Disebabkan telefon aku tak boleh roaming, aku pon beli sim card untuk telefon dengan harga 300 baht. Terpaksa la aku guna public phone untuk telefon Ija dan Ayah untuk berborak. Dan kat hotel ni tiada disediakan iron dan iron board untuk gosok baju...masalah-masalah. Plug utk guna elektrik pon lain. So macam tak leh jer nak charge handphone dan laptop aku...macam mana la aku nak buat kerja...pening=pening! Sekarang ni aku tengah mengarang semua ini di lobby dan bayar dalam 150 baht untuk tempoh sejam. Hari pertama yang membosankan....Esok kami kena berkumpul dalam jam 8 pagi (lebih kurang jam 9 waktu Malaysia) untuk ke ofis BAAC.



Naik Express Link (ERL) ke KLIA. Bayar RM70 untuk perjalanan pergi balik. Perjalanan mengambil masa selama 28 minit dari KL central ke KLIA
Sempat cari souvenir di kedai sekitar KLIA. Aku beli 10 saputangan batik dengan harga RM7 setiap satu
Pengumuman pertukaran pintu gate dari G8 ke C32 di screen sekitar KLIA
Sedang menunggu untuk menaiki tren ke terminal menunggu C32



Di ruang menunggu C32



Pemandangan Suvarnabhumi International Airport dari kapal terbang
Di sekitar airport menuju ke imigresen Thailand
Berehat seketika setelah jumpa pihak organiser di airport
Pemandangan di luar airport
Bilik 8015 di First Hotel, Bangkok dengan harga 1400 baht semalam
Pemandangan dari bilik hotel

No comments:

Post a Comment