Wednesday, November 26, 2008

Hari Keempat di Thailand (Pattaya)

Kami dikehendaki bangun awal pada sebelah paginya kerana kami akan bertolak seawal jam 7.30 pagi untuk melawat pengusaha pau dan juga penternak lembu di sekitar Chonburi. Semasa sarapan pagi, aku pilih meja paling hujung kerana senang untuk berasap. Selesai makan buah-buahan aku kemudian mengambil kopi. Sekembali aku di meja sudah ada tiga orang wanita sedang duduk dimeja ku. Aku menegur mereka dan rupa-rupanya mereka menghadiri kursus bagi cikgu-cikgu dari sekitar Thailand.

Selesai bersarapan, kami kemudiannya bertolak lebih kurang jam 7.40 pagi dari hotel. Kami singgah sebentar di cawangan BAAC di Chonburi sebelum menuju ke premis pengusaha pau berdekatan. Terdapat lebih kurang 7 orang pekerja di sana dan berjumpa dengan pengusaha perempuan berusia dalam 30an. Dia mendapat idea untuk menjual pau traditional Thailand kerana gemar memakannya. Kami kemudiannya ke tempat membuat pau dilakukan. Di sana aku lihat beberapa perempuan sedang menguli tepung. Keadaan lantai kelihatan kotor dan ada seekor anjing sedang berbaring. Pengusaha tersebut kemudiannya mempelawa kami merasa pau yang baru siap. Untuk tidak menyinggung perasaan, aku mengambil satu pau kecil dan bila tiada orang lihat, cepat-cepat aku letak di kocek seluar jeans ku.

Kemudiannya, tiba masa untuk makan tengahari. Kami di bawa ke sebuah restoran dan semua mengambil tempat. Aku terbau hamis seperti bau binatang itu....aku lihat pihak organiser sedang berkata sesuatu dengan pengusaha restoran. Kemudian, aku difahamkan bahawa tiada sebarang makan yang boleh aku makan di situ dan mereka mempelawa aku untuk makan direstoran yang lain.

Walaupun sudah ku tolak untuk makan di tempat lain, pihak organiser berkeras membawa aku ke tempat lain. So, aku pon ikut jer la. Orang lain akan makan di restoran yang pertama tadi. Hanya kami bertiga termasuk driver kemudian pergi ke restoran berdekatan. Kami makan sotong goreng, tomyam ikan, sayur dan telur goreng.

Selesai makan tengahari, kami mengambil mereka yang lain sebelum bergerak menuju ke ladang ternak lembu. Kira-kira perjalanan selama sejam, kami tiba di ladang lembu. Kami difahamkan ladang lembu itu dahulunya merupakan kolam ternakan ikan catfish untuk di eksport ke Singapura dan Malaysia. Seekor ikan dianggarkan beribu ringgit tetapi disebabkan kenaikan harga makanan ikan dan oksigen, pengusaha terbabit menukar perniaagaanya kepada ternakan lembu. Tetapi hasil dari duit jualan ikan, pengusaha itu mampu membina rumah berbentuk tradisional yang 100 peratus dibuat dari kayu jati bernilai lebih kurang 20 juta baht atau RM2 juta.

Selepas itu, kami pon bergerak ke hotel kami di Pattaya. Kami difahamkan bahawa pihak organiser tidak menyediakan makan malam pada hari itu. Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk makan maam di atas kapal, 100-200 meter dari pantai Pattaya. Kami di bawa oleh dua orang dari pihak organiser ke sana. Minimum charge yang dikenakan adalah 500 baht untuk makan di sana. Setelah berjalan kira-kira beberapa minit dari hotel, kami tiba disebuah restoran sebelum menaiki "Car two line" iaitu pick-up yang diubah suai ditambah bumbung yang sememangnya popular di Thailand. Setibanya kami di jeti, kami dibawa menaiki Tuk Tuk untuk ke hujung jeti sebelum menaiki bot laju menuju ke kapal. Kami tiba di Oriental Star Floating Seafood Market Restaurant dan menaiki dek di atas kapal. Aku order ikan siakap stim, nasi putih dan fresh oren. Lebih kurang 522 baht. Di atas kapal kami dipersembahkan dengan nyanyian solo dan juga pondan-pondan sama dari Alcazar.

Kami kemudiannya menuju ke jeti dan diberikan aiskrim percuma. Selesai makan aiskrim, kami berjalan kaki ke hotel dan mengambil masa selama hampir sejam menyusuri "walking street" yang terkenal dengan kelab-kelab hiburan. So tahu-tahu sendiri macamana happeningnye di situ.

Sekembalinya aku di bilik, terus terlena kepenatan.





































































































































No comments:

Post a Comment