Monday, November 24, 2008

Hari Kedua di Thailand (Bangkok)

Hari ini merupakan hari keduaku berada di Bangkok. Sebelah pagi aku bersarapan di Hualong restaurant (menyediakan makanan muslim dan india). Sepatutnya pagi ini jam 8 kami perlu bertolak ke ofis BAAC tetapi disebabkan tunjuk perasaan dan sebagai langkah berjaga-jaga, ia hanya diadakan di bilik mesyuarat tingkat 2 hotel. Kelas bermula jam 9 pagi dan hanya 8 orang yang menghadiri kursus kali ini...hehehe...3 orang dari Nepal, 2 dari Filipina, 2 dari Laos dan aku jer dari Malaysia.

Hari ini selesai masalah ku kerana telah boleh roaming pada belah petang dan juga laptopku boleh di charge setelah beli kabel di Pantip Plaza (IT Computer). Sebelah malamnya, kami dibawa pergi makan di sebuah restaurant berhadapan stesyen keretapi di Bangkok (Rosabieng Restaurant). Lepas tu aku lepak kat bilik sahaja kerana keesokan harinya kami akan check-out dari hotel kami (First Hotel) untuk ke Pattaya.



Kata-kata aluan dari pihak organiser










Sempat ambil gambar sendiri semasa baru bermula
















Suasana di bilik mesyuarat























Ketika minum pagi












Ketika makan malam di sebuah restoran di hadapan stesyen keretapi sekitar Bangkok













Menunggu pesanan sampai

No comments:

Post a Comment