Thursday, September 25, 2008

Iftar di Restoran Felda Villa

25 September 2008 (Khamis)

Hari ini aku drive ke office. Seawal jam 7.30pagi sudah terpacak kat office dan buat pertama kali aku dapat parking di kawasan sekolah sebelah office aku tu.

Sebelah petang, hujan lebat. Masalah jugak nanti, mesti traffic jam. So, kami pon ambil keputusan untuk keluar awal. Dalam jam 5.30petang, kereta berduyun-duyun di hadapan office kami di Jalan Kuching, bergerak perlahan. Dalam lebih kurang jam 5.45petang kami bertolak dari office, meredah hujan renyai2 dan traffic. Sebaik sahaja melepasi persimpangan ke Jalan Sultan Ismail, traffic berjalan lancar dan hasilnya, kami tiba di restoran tepat jam 6.03petang. Awal tu...

Memang meriah lauk-pauk kat situ, macam yang diiklankan 99 jenis hidangan. Tp yang menariknya dan yang paling laku, puyoh goreng. Depa goreng kat situ jugak. Setiap kali letak jer, lesap!

Nak solat pon senang jugak di mana ada disediakan gazebo khas yang dibahagi dua bahagian, lelaki dan wanita untuk bersolat.

Pemandangan dari restoran, boleh nampak KLCC tu...











No comments:

Post a Comment