Thursday, September 25, 2008

Iftar di Restoran Felda Villa

25 September 2008 (Khamis)

Hari ini aku drive ke office. Seawal jam 7.30pagi sudah terpacak kat office dan buat pertama kali aku dapat parking di kawasan sekolah sebelah office aku tu.

Sebelah petang, hujan lebat. Masalah jugak nanti, mesti traffic jam. So, kami pon ambil keputusan untuk keluar awal. Dalam jam 5.30petang, kereta berduyun-duyun di hadapan office kami di Jalan Kuching, bergerak perlahan. Dalam lebih kurang jam 5.45petang kami bertolak dari office, meredah hujan renyai2 dan traffic. Sebaik sahaja melepasi persimpangan ke Jalan Sultan Ismail, traffic berjalan lancar dan hasilnya, kami tiba di restoran tepat jam 6.03petang. Awal tu...

Memang meriah lauk-pauk kat situ, macam yang diiklankan 99 jenis hidangan. Tp yang menariknya dan yang paling laku, puyoh goreng. Depa goreng kat situ jugak. Setiap kali letak jer, lesap!

Nak solat pon senang jugak di mana ada disediakan gazebo khas yang dibahagi dua bahagian, lelaki dan wanita untuk bersolat.

Pemandangan dari restoran, boleh nampak KLCC tu...











Wednesday, September 24, 2008

Recce: Restoran Felda Villa

Next agenda: Post gambar2 yang lebih menarik selepas majlis berbuka puasa bersama officemate pada 25 September nanti....












Tuesday, September 23, 2008

Hadiah Sempena Hari Lahir Isteriku...



Buat Ija, isteriku yang tercinta....happy birthday!

Sunday, September 21, 2008

Balik Kampung

Kali ni aku dan family decided utk balik ke Taiping, jenguk mak abah wife aku kat kampung. Duit lagi....alasan wife aku ajak sbb nak bersahur dan berbuka puasa kat sana. Kami naik kancil sbb nak jimat duit minyak...kancil pon kancil laa! Dalam jam 2.00 pagi kami bertolak dari rumah hari sabtu dan kami selamat sampai kat sana dalam jam 4.45 pagi. Sempatla kami bersahur...lepas tu straight aku tidor sampai kul 3 petang...kekeke. Dalam jam 5 petang lepas solat Asar, kami sekeluarga dan mak singgah ke bazaar ramadan kat Taiping. So, kami pon bergambar la kat situ, walaupon orang2 kat situ tgk2 jer masa kami bergambar. Mungkin dalam hati diorang, artis mana lak shooting pilem kat bazaar ramadan...utk siaran raya kot nnt? hehehe...










Monday, September 15, 2008

Mencari bubur lambuk

Seperti biasa, hari ini waktu lunch time aku menuju ke motorku. Kali ini aku ada dua benda yg perlu disettlekan...pertama, aku kena pergi ke Maybank Jln Raja Laut untuk collect aku punye credit card both amex and mastercard. Selasai di sana, aku pon menuju ke Kg. Baru untuk mencari bubur lambuk kegemaranku untuk juadah berbuka puasa nanti...For info, aku nie mmg hantu bubur lambuk...hmm...time puasa nie jer la aku dpt makan bubur lambuk nie :) So, gerai yang aku nak pegi ini, betul2 bersebelahan dengan Masjid Jamek Kg. Baru yg memang terkenal dengan bubuk lambuk freenya yg sememangnya sedap. Tp yg ini bukan free tau! kena beli dengan harga RM2 sebungkus...terlanjur aku beli sebungkus bubur lambuk dan 2 bungkus lagi utk Cikgu Mimi yang menjaga anak aku, aku pon beli extra 7 bungkus lagi utk officemate yg berminat. Aku jual dengan harga RM2 jugak. Hasilnya..? licin...!!




Tuesday, September 9, 2008

Selamat Hari Jadi, Kakak!

Selamat hari lahir diucapkan untuk kakak ku....semoga panjang umur, sentiasa bahagia disamping keluarga dan dilimpahi rezeki.

Untuk anak saudaraku, Era, selamat menjawab soalan peperiksaan UPSR. All the best and good luck!