Monday, April 6, 2009

Hari Terakhir: Waterfront

Tuptup...sudah masuk hari terakhir kami di sini. Cepat sungguh masa berlalu. Selepas bersarapan, kami menuju ke deretan kedai-kedai lama berhadapan Waterfront. Banyak barangan Sarawak ada di situ dan harga pun berpatutan. Dalam jam 11.00 kami balik ke hotel untuk berkemas pulang. Tepat jam 12.05 tengahari, kami daftar keluar dan bertolak ke airport. Sesat....tapi sejam sebelum berlepas, akhirnya kami berjaya sampai di sana. Mula-mula semua penumpang ke Kuala Lumpur diarahkan ke pintu 2, tetapi kemudiannya ke pintu 9. Jauh jugak kami kena berjalan dan yang paling kesian orang-orang tua. Sampai di pintu 9, pesawat masih belum sampai dan ia tiba lewat sedikit dari jadual. Kami tiba di LCCT lebih kurang jam 4.00 petang dan di sana kami terpaksa lagi menunggu beg-beg kami selama lebih 30 minit. Kak Anita Sarawak pun ada di sana, menunggu beg.
















Nak jugak baju cat dia...





No comments:

Post a Comment