Tuesday, April 7, 2009

Selamat Kembali Mak Ayah!

Alhamdulillah....akhirnya kedua ibubapaku sudah selesai mengerjakan umrah dan selamat pulang ke tanahair. Oleh kerana aku baru sahaja pulang dari bercuti, kakak dan abang ipar menjemput mereka di KLIA. Flight lewat tiga jam dari jadual asal dan pesawat mendarat jam 5.05 petang.

Setelah habis waktu bekerja dalam jam 5.30 petang, aku terus balik ke rumah dan mengambil anak aku di taska sebelum bertolak ke Tg. Malim. Dalam jam 8 malam, mak dan ayah tiba di rumah. Kakak sudah bawa bekalan dari rumah...mmm...mcm2 ada!! Ketam goreng...tu yang paling sedap...sambal udang, sup tulang dan ikan goreng.

Mak dan ayah hadiahkan kami jubah, sejadah, buah kurma dan macam-macam lagi....hehehe. Oleh kerana esok kena bekerja, kami pun balik awal dalam jam 9.45 malam.





































































No comments:

Post a Comment