Sunday, June 28, 2009
Takziah buat rakanku
Takziah ku ucapkan buat rakan sekerjaku yang baru kematian ayahnya disebabkan kemalangan jalanraya. Minta semua pembaca blog ini yang beragama Islam agar dapat sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Thursday, June 25, 2009
Jadual Hari Sabtu, 27 Jun 2009
Sabtu nanti kami mungkin akan ke rumah baru kami di Setapak. Ada beberapa perkara yang perlu dibuat:
1. Cuci rumah (kena bawa alatan seperti getah paip yang panjang, mop, baldi, sabun, dll)
2. Picnic lepas letih mencuci (kena bawa tikar nak baring-baring)
3. Jumpa kontraktor
Lepas itu pada sebelah malamnya, kami akan pergi ke Flamingo untuk main bowling dengan ofismate aku.
p/s: Kalau sempat, kami cadang nak jenguk Ika di kolej baru beliau di Cheras.
1. Cuci rumah (kena bawa alatan seperti getah paip yang panjang, mop, baldi, sabun, dll)
2. Picnic lepas letih mencuci (kena bawa tikar nak baring-baring)
3. Jumpa kontraktor
Lepas itu pada sebelah malamnya, kami akan pergi ke Flamingo untuk main bowling dengan ofismate aku.
p/s: Kalau sempat, kami cadang nak jenguk Ika di kolej baru beliau di Cheras.
Thursday, June 18, 2009
Diamond Regency, Setapak
Tuesday, June 16, 2009
Ambil kunci rumah baru
Sudah seminggu lebih kami menanti saat-saat ini. Esok, kami ada temujanji dengan pemaju rumah untuk mengambil kunci servis apartment kami yang baru. Banker's cheque semua telah siap disediakan untuk diserahkan kepada pihak pemaju esok.
Sunday, June 14, 2009
Percutian di Pulau Pangkor
Seawal jam 7.30 pagi Sabtu lagi kami sudah bergerak menuju ke Tg. Malim. Sampai di rumah kedua ibubapaku, kami dijamu dengan nasi impit kuah kacang serta rendang daging. Manakala untuk effa pula, mak sediakan mihun goreng ditabur telur dadar. Hmm...memang sedap! Dah lama juga aku tak makan rendang daging. Seperti yang aku rancang, aku mengajak kedua ibubapaku untuk berjalan-jalan ke Lumut atau Pangkor sempena meraikan hari jadi mereka. Setelah bersiap-siap dan membawa bekalan nasi impit, jam 10.30 pagi kami pun bertolak menuju lebuhraya PLUS melalui exit Behrang, kemudian keluar melalui exit Bidor. Perjalanan kami kemudiannya melalui kawasan Teluk Intan, Sitiawan, Lekir, Manjung sebelum tiba di pekan Lumut. Di situ, kami berhenti di dataran Lumut untuk berkhelah, makan bekalan nasi impit yang kami bawa dari rumah tadi. Selepas makan, kami bergerak ke pekan dan parking kereta di tempat letak kereta bertingkat di situ dengan bayaran RM10 sehari. Di situ, kami disapa penjaga parking samada kami sudah dapat resort atau belum. Memandangkan belum ada, kami ditawarkan dengan resort berharga RM79 di Teluk Nipah. Tertarik dengan tawaran itu, kami pun booking dua unit dengan membayar deposit sebanyak RM50.
Di dataran Lumut untuk makan tengahari di situ.
3.00 petang. Berada di jeti Lumut untuk menaiki feri ke Pangkor. Dewasa dikenakan bayaran RM10 seorang untuk perjalanan ulang alik, manakala kanak-kanak tidak dikenakan bayaran. Semua tengah seronok dapat pergi Pangkor terutama isteriku buat pertama kalinya.
Feri yang kami naik.
Kami pilih tempat duduk bahagian bawah kerana tidak ramai orang. Masing-masing berebut untuk duduk di bahagian atas.
Tiba di jeti Pangkor. Untuk yang tidak biasa ke sana, feri akan berhenti dahulu untuk menurunkan penduduk kampung di satu kawasan nelayan, sebelum bergerak semula ke jeti Pangkor bagi menurunkan pelancong.
Pemandangan dari jeti. Dari jeti, kami berjalan kaki sedikit sebelum sampai di jalan utama dan di situ terdapat banyak van berwarna pink dijadikan teksi sedang menunggu pelanggan. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM12 sehala ke Teluk Nipah untuk sebuah teksi.

8.00 pagi ahad. Siap-siap nak pergi bersarapan. Sekali lagi aku berangin sebab pelayan kedai berbangsa indon tu sungguh kasar layanannya. Hampir malas aku mahu makan di situ. 1 nasi lemak, 1 omelette (dah jadi macam telur dadar pun ada) serta roti dua keping, 4 keping roti bakar, 3 teh tarik kecil dan 1 teh o nipis kecil berharga RM12. Mencekik darah gila kawasan ni ditambah dengan peniaga yang tidak mesra pelanggan. Selepas bersarapan dan merehatkan diri, kami buat keputusan pulang lebih awal...

Kali ini kami duduk di bahagian atas feri...




11 pagi ahad. Tiba di jeti Lumut. Singgah makan tengahari di restoran bawah bangunan tempat letak kereta bertingkat yang menyediakan masakan melayu. Aku ambil nasi, ayam bercili, sayur masak lemak, telur masin separuh. Isteriku ambil lauk yang sama kecuali telur masin. Ayah pula nasi, ayam bercili dan telur masin. Mak ambil nasi, ikan kembung asam pedas dan masak lemak pucuk paku. Air pula, 1 sirap ais, 1 kopi o ais, 1 teh o dan 1 teh ais. Semuanya dikenakan harga RM19.50...murah dan sedap!
Setelah melalui pekan Pangkor, kami menyusuri pantai Pasir Bogak, sebelum melalui kawasan berbukit. Lebih kurang 10 minit, kami tiba di pantai Teluk Nipah dan diturunkan di Nipah Bay Villa. Kami disambut dengan senyuman sebelum dibawa ke bilik kami. Terkejut dengan keadaan bilik yang terletak agak jauh ke belakang dan berada di tingkat atas, kami kemudian ditawarkan pengusaha dengan Chalet Deluxe berharga RM100 semalam setiap unit. Bezanya cuma RM21...
Jam 6 petang, kami berjalan-jalan ke tepi pantai...err, terlalu ramai orang dan pemandangan di situ agak terlindung disebabkan banyak gerai makan dibina di sepanjang pantai ditambah dengan deretan teksi-teksi. Sakit mata memandang.
Setelah penat. Kami singgah di kafe berdekatan dengan resort kami. Saranan kami, janganlah makan di kafe ini. Setelah lama kami menunggu(lebih 30 minit), nasi goreng sotong yang kami pesan dihidangkan terlalu sedikit (hanya setengah cawan nasi), rasanya pula tawar, sotongnya pula hanya sepotong (ingatkan sorang seekor), dalam pinggan yang terlalu besar (tak padan dengan nasi seciput) dan dikenakan harga RM5 sepinggan. Gila dan tak masuk akal langsung! Betul-betul kena sembelih...
Terpaksa cover dengan char kuey teor (RM3.50 sebungkus) dan burger (RM2.50) dibeli di kaki lima jalan.
Kami tidur awal tetapi selalu dikejutkan dengan pekikan sukaria budak-budak muda yang menyewa di situ dan resort berdekatan sehingga ketengah malam.
Keseluruhannya, sesiapa yang nak bercuti bersama keluarga ke Pulau Pangkor untuk mendapat ketenangan dan menikmati pantai yang cantik, Teluk Nipah BUKAN tempatnya...Sepanjang perjalanan, yang aku kira ok sedikit ialah Pangkor Village Resort di penghujung Pasir Bogak, tetapi mungkin susah nak mencari makanan selain yang disediakan pihak resort kecuali jika anda menyewa kenderaan. Kemudian, Puteri Bayu juga di Pasir Bogak. Lain kali, mungkin kami akan cuba tidur di situ.
Friday, June 12, 2009
Selamat Hari Jadi Ayah, Selamat Hari Jadi Mak!
Khas buat kedua ibubapaku....semoga dipanjangkan umur, ditambahkan keimanan, tubuh badan yang sihat bagi mengerjakan beribadah, rezeki yang melimpah ruah, kesejahteraan dan keberkatan dalam apa yang dilakukan. Amin!
Wednesday, June 10, 2009
Kenduri kahwin di Felda Trolak Timur
Bila isteriku sebut kenduri kahwin saudara belah emak dia akan diadakan di Felda Trolak Timur, aku terbayang rumah mereka hanya di tepi jalan lama Ipoh - KL. Rupa-rupanya sangkaanku meleset bila aku cuba menjejaki rumah mereka di internet dengan menggunakan perisian google map.
Dari exit Slim Siver, aku kena membelok ke kanan arah Sungkai sehinggalah melalui tapak MRSM. Di hadapan, ada simpang lampu trafik dan belok ke kanan arah Felda Trolak. Terus sahaja sehingga jumpa Felda Trolak Selatan. Apabila melepasi sekolah rendah di situ, belok ke kanan di simpang hadapan. Dari situ, jalan agak berbukit dan sunyi sehinggalah melepasi pintu gerbang Felda Trolak Timur yang seperti mengalu-alukan kedatangan tetamu. Rumah pengantin di Jalan Nilam tidak jauh dari situ, betul-betul sebaik sahaja melalui jambatan pertama.
Kawasan sekeliling begitu damai dihiasi pemandangan banjaran gunung nan menghijau di hujung kampung. Rumah pengantin betul-betul berdekatan dengan sungai kecil dan terdapat kawasan lapang yang diteduhi beberapa rimbunan pohon buluh. Sungguh nyaman seperti berada di satu kawasan perkelahan. Berbaloi sampai di sini, detik hatiku.
Tarikh kenduri: 6 Jun 2009 (Sabtu)
Waktu tiba:
Lebih kurang 1.30 petang, setelah terlajak ke rumah kenduri kahwin orang lain di hadapan, juga di jalan sama. Siap ajak kami makan dulu tu...

Dari exit Slim Siver, aku kena membelok ke kanan arah Sungkai sehinggalah melalui tapak MRSM. Di hadapan, ada simpang lampu trafik dan belok ke kanan arah Felda Trolak. Terus sahaja sehingga jumpa Felda Trolak Selatan. Apabila melepasi sekolah rendah di situ, belok ke kanan di simpang hadapan. Dari situ, jalan agak berbukit dan sunyi sehinggalah melepasi pintu gerbang Felda Trolak Timur yang seperti mengalu-alukan kedatangan tetamu. Rumah pengantin di Jalan Nilam tidak jauh dari situ, betul-betul sebaik sahaja melalui jambatan pertama.
Kawasan sekeliling begitu damai dihiasi pemandangan banjaran gunung nan menghijau di hujung kampung. Rumah pengantin betul-betul berdekatan dengan sungai kecil dan terdapat kawasan lapang yang diteduhi beberapa rimbunan pohon buluh. Sungguh nyaman seperti berada di satu kawasan perkelahan. Berbaloi sampai di sini, detik hatiku.
Waktu tiba:
Lebih kurang 1.30 petang, setelah terlajak ke rumah kenduri kahwin orang lain di hadapan, juga di jalan sama. Siap ajak kami makan dulu tu...
Friday, June 5, 2009
Selamat tinggal si kuda hitam
Model: KR150-K @ ZX150RR
Enjin: 148cc
Tarikh beli: 15 Nov 2005
Kenangan:
Tauke motor ajar macamana nak bawa motor klac masa mula-mula ambil motor. Berpeluh-peluh dibuatnya. Tak lama lepas tu enjin mati masa berhenti di lampu trafik. Lepas 6 bulan baru rasa motor tu macam sebahagian diri aku.
Bridgestone Battlax BT-45
Saiz tayar:
120/70-17M/C 58H TL
Harga beli: RM320
Bridgestone Battlax BT-090 Radial
Saiz tayar:
110/70R17M/C 54H TL
Harga beli: RM380
Minyak 4T pilihan: Total or Castrol
Tarikh dijual: 5 Jun 2009 jam 11 pagi.
Ya, sudah dijual! Setelah setengah tahun motorku tersadai memandangkan aku tidak lagi berani menunggang motorsikal, akhirnya aku mengambil keputusan menjualnya.
Selamat tinggal...
Tuesday, June 2, 2009
Kenangan di Pulau Pinang
Walau bagaimanapun, tong sampah sahaja yang tidak kelihatan. Maka tidak hairanlah sampah sarap dibiarkan bertaburan oleh pengunjung...
B-Suite, Bayan Lepas
No bilik kami 503 dan 504, betul-betul mengadap antara satu sama lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)