Tuesday, June 2, 2009

Bercuti di Pulau Pinang

Pada hujung minggu lepas, 30-31 Mei 2009, kami sekeluarga memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian kali ini memandangkan ayah dan mak dijemput saudara kami di sana untuk menghadiri kenduri kahwin anak lelaki mereka di Bayan Lepas.

Pagi itu kami bertolak agak lewat dari jadual asal. Jam 8.30 baru kami bertolak ke rumah mak dan ayah dan kemudian singgah di kedai runcit untuk membeli susu anak kami. Hmm...sudah nak masuk lima tahun masih kuat menyusu. Sedaaapp! jawabnya bila ditanya.

Tepat jam 10.15 pagi kami sekeluarga bertolak dengan menaiki kereta aku setelah selesai bersarapan nasi lemak. Dah lama tak menjamu nasi lemak, sedap teramat sangat rasanya. Maklumlah, mak yang memasaknya! Dalam beberapa meter sebelum kami tiba di plaza tol Behrang, tiba-tiba mak bersuara bertanyakan cukai jalan keretaku. Aku mengeluh panjang bila tersedar rupa-rupanya cukai jalan keretaku sudah tamat tempoh semalam. Betul-betul aku terlupa kerana sudah agak lama aku memperbaharui insurans kereta. So apalagi, kami terpaksa berpatah balik untuk tukar kereta.

Sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta ayah, kami singgah sebentar di stesyen minyak Petronas di Behrang dan entah bagaimana secara tiba-tiba tapak tangan isteriku disengat seekor tebuan. Menjerit panjang isteriku menahan kesakitan ketika itu. Dugaan...

Kami kemudian singgah di restoran kegemaran kami, betul-betul bersebelahan masjid negeri di bandaraya Ipoh, untuk makan tengahari walaupun ketika itu masih terasa kenyang. So, makanlah jugak disebabkan ayam di sana sememangnya special, tidak boleh jumpa di restoran lain tu. Selesai makan, kami teruskan perjalanan dan sampai di destinasi tepat jam 3.45 petang.

No comments:

Post a Comment