Wednesday, June 10, 2009

Kenduri kahwin di Felda Trolak Timur

Bila isteriku sebut kenduri kahwin saudara belah emak dia akan diadakan di Felda Trolak Timur, aku terbayang rumah mereka hanya di tepi jalan lama Ipoh - KL. Rupa-rupanya sangkaanku meleset bila aku cuba menjejaki rumah mereka di internet dengan menggunakan perisian google map.

Dari exit Slim Siver, aku kena membelok ke kanan arah Sungkai sehinggalah melalui tapak MRSM. Di hadapan, ada simpang lampu trafik dan belok ke kanan arah Felda Trolak. Terus sahaja sehingga jumpa Felda Trolak Selatan. Apabila melepasi sekolah rendah di situ, belok ke kanan di simpang hadapan. Dari situ, jalan agak berbukit dan sunyi sehinggalah melepasi pintu gerbang Felda Trolak Timur yang seperti mengalu-alukan kedatangan tetamu. Rumah pengantin di Jalan Nilam tidak jauh dari situ, betul-betul sebaik sahaja melalui jambatan pertama.

Kawasan sekeliling begitu damai dihiasi pemandangan banjaran gunung nan menghijau di hujung kampung. Rumah pengantin betul-betul berdekatan dengan sungai kecil dan terdapat kawasan lapang yang diteduhi beberapa rimbunan pohon buluh. Sungguh nyaman seperti berada di satu kawasan perkelahan. Berbaloi sampai di sini, detik hatiku.

Tarikh kenduri: 6 Jun 2009 (Sabtu)

Waktu tiba:
Lebih kurang 1.30 petang, setelah terlajak ke rumah kenduri kahwin orang lain di hadapan, juga di jalan sama. Siap ajak kami makan dulu tu...





No comments:

Post a Comment