Sunday, June 14, 2009

Percutian di Pulau Pangkor

Seawal jam 7.30 pagi Sabtu lagi kami sudah bergerak menuju ke Tg. Malim. Sampai di rumah kedua ibubapaku, kami dijamu dengan nasi impit kuah kacang serta rendang daging. Manakala untuk effa pula, mak sediakan mihun goreng ditabur telur dadar. Hmm...memang sedap! Dah lama juga aku tak makan rendang daging. Seperti yang aku rancang, aku mengajak kedua ibubapaku untuk berjalan-jalan ke Lumut atau Pangkor sempena meraikan hari jadi mereka. Setelah bersiap-siap dan membawa bekalan nasi impit, jam 10.30 pagi kami pun bertolak menuju lebuhraya PLUS melalui exit Behrang, kemudian keluar melalui exit Bidor. Perjalanan kami kemudiannya melalui kawasan Teluk Intan, Sitiawan, Lekir, Manjung sebelum tiba di pekan Lumut. Di situ, kami berhenti di dataran Lumut untuk berkhelah, makan bekalan nasi impit yang kami bawa dari rumah tadi. Selepas makan, kami bergerak ke pekan dan parking kereta di tempat letak kereta bertingkat di situ dengan bayaran RM10 sehari. Di situ, kami disapa penjaga parking samada kami sudah dapat resort atau belum. Memandangkan belum ada, kami ditawarkan dengan resort berharga RM79 di Teluk Nipah. Tertarik dengan tawaran itu, kami pun booking dua unit dengan membayar deposit sebanyak RM50.

Di dataran Lumut untuk makan tengahari di situ.
3.00 petang. Berada di jeti Lumut untuk menaiki feri ke Pangkor. Dewasa dikenakan bayaran RM10 seorang untuk perjalanan ulang alik, manakala kanak-kanak tidak dikenakan bayaran. Semua tengah seronok dapat pergi Pangkor terutama isteriku buat pertama kalinya.

Feri yang kami naik.


Kami pilih tempat duduk bahagian bawah kerana tidak ramai orang. Masing-masing berebut untuk duduk di bahagian atas.



Tiba di jeti Pangkor. Untuk yang tidak biasa ke sana, feri akan berhenti dahulu untuk menurunkan penduduk kampung di satu kawasan nelayan, sebelum bergerak semula ke jeti Pangkor bagi menurunkan pelancong.




Pemandangan dari jeti. Dari jeti, kami berjalan kaki sedikit sebelum sampai di jalan utama dan di situ terdapat banyak van berwarna pink dijadikan teksi sedang menunggu pelanggan. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM12 sehala ke Teluk Nipah untuk sebuah teksi.


Setelah melalui pekan Pangkor, kami menyusuri pantai Pasir Bogak, sebelum melalui kawasan berbukit. Lebih kurang 10 minit, kami tiba di pantai Teluk Nipah dan diturunkan di Nipah Bay Villa. Kami disambut dengan senyuman sebelum dibawa ke bilik kami. Terkejut dengan keadaan bilik yang terletak agak jauh ke belakang dan berada di tingkat atas, kami kemudian ditawarkan pengusaha dengan Chalet Deluxe berharga RM100 semalam setiap unit. Bezanya cuma RM21...
Jam 6 petang, kami berjalan-jalan ke tepi pantai...err, terlalu ramai orang dan pemandangan di situ agak terlindung disebabkan banyak gerai makan dibina di sepanjang pantai ditambah dengan deretan teksi-teksi. Sakit mata memandang.
Setelah penat. Kami singgah di kafe berdekatan dengan resort kami. Saranan kami, janganlah makan di kafe ini. Setelah lama kami menunggu(lebih 30 minit), nasi goreng sotong yang kami pesan dihidangkan terlalu sedikit (hanya setengah cawan nasi), rasanya pula tawar, sotongnya pula hanya sepotong (ingatkan sorang seekor), dalam pinggan yang terlalu besar (tak padan dengan nasi seciput) dan dikenakan harga RM5 sepinggan. Gila dan tak masuk akal langsung! Betul-betul kena sembelih...
Terpaksa cover dengan char kuey teor (RM3.50 sebungkus) dan burger (RM2.50) dibeli di kaki lima jalan.
Kami tidur awal tetapi selalu dikejutkan dengan pekikan sukaria budak-budak muda yang menyewa di situ dan resort berdekatan sehingga ketengah malam.
8.00 pagi ahad. Siap-siap nak pergi bersarapan. Sekali lagi aku berangin sebab pelayan kedai berbangsa indon tu sungguh kasar layanannya. Hampir malas aku mahu makan di situ. 1 nasi lemak, 1 omelette (dah jadi macam telur dadar pun ada) serta roti dua keping, 4 keping roti bakar, 3 teh tarik kecil dan 1 teh o nipis kecil berharga RM12. Mencekik darah gila kawasan ni ditambah dengan peniaga yang tidak mesra pelanggan. Selepas bersarapan dan merehatkan diri, kami buat keputusan pulang lebih awal...


















Kali ini kami duduk di bahagian atas feri...


















































































11 pagi ahad. Tiba di jeti Lumut. Singgah makan tengahari di restoran bawah bangunan tempat letak kereta bertingkat yang menyediakan masakan melayu. Aku ambil nasi, ayam bercili, sayur masak lemak, telur masin separuh. Isteriku ambil lauk yang sama kecuali telur masin. Ayah pula nasi, ayam bercili dan telur masin. Mak ambil nasi, ikan kembung asam pedas dan masak lemak pucuk paku. Air pula, 1 sirap ais, 1 kopi o ais, 1 teh o dan 1 teh ais. Semuanya dikenakan harga RM19.50...murah dan sedap!

Keseluruhannya, sesiapa yang nak bercuti bersama keluarga ke Pulau Pangkor untuk mendapat ketenangan dan menikmati pantai yang cantik, Teluk Nipah BUKAN tempatnya...Sepanjang perjalanan, yang aku kira ok sedikit ialah Pangkor Village Resort di penghujung Pasir Bogak, tetapi mungkin susah nak mencari makanan selain yang disediakan pihak resort kecuali jika anda menyewa kenderaan. Kemudian, Puteri Bayu juga di Pasir Bogak. Lain kali, mungkin kami akan cuba tidur di situ.


4 comments: